Friday, March 23, 2012

RM44,550 menanti pemancing di Bangi

 RM44,550 menanti pemancing di Bangi

2012/03/23

WANG tunai RM44,550.00 menanti peserta dalam Pusingan Kedua Pertandingan Memancing GP Selangor 2012 di Tasik Chempaka, Bangi, Ahad ini.

Pertandingan anjuran kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) menawarkan hadiah wang tunai RM25,000 untuk juara, kedua RM9,000 dan ketiga RM4,000. Pemenang keempat menerima RM1,200, dan kelima RM600.
Pemenang keenam hingga kesepuluh menerima RM200, kesebelas – 25 (RM150) dan ke-26 hingga 40 (RM100).
Bagi merancakkan lagi bahang kemeriahan pertandingan lebih 20 ikan patin bersaiz mega dilepaskan Yang Dipertua MPKJ, Datuk Hasan Nawawi Abd Rahman sebagai habuan kaki pancing.

Hasan berkata, pelepasan 20 ikan patin besar itu adalah simbolik pertandingan dan penganjur akan melepaskan lagi hampir satu tan pelbagai spesies ikan esok.

Selain wang tunai, penganjur turut menawarkan tiga cabutan bonanza televisyen LCD 32 inci dan 500 kemeja-T untuk peserta yang mendaftar awal. Yuran penyertaan RM70 satu joran dan setiap peserta dibenar mendaftar dua joran sahaja serta layak menang satu hadiah bagi setiap pusingan.

Selepas ini, GP Selangor akan diadakan di Pantai Tanjung Harapan, Klang , Tasik Maeps (Serdang), Tasik Kota Puteri (Ijok), Pantai Sungai Lang (Sabak Bernam), Pantai Remis (Kuala Selangor), Terusan Ban Canal (Sabak Bernam), Lombong Buaya (Puchong), Tasik Taman Banting Baru (Banting), Tasik Millenium (Kuala Kubu Baru) dan pusingan akhir di Tasik Shah Alam (Shah Alam).
http://myredarowana.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

my blood red arowana for sale

translate

BMI Calculator

The BMI is calculated with the formula body weight divided by height to square. To make it easy for visitor of your homepage to calculate the Body Mass Index (BMI), use the BMI Gadget by BMI-Club . Allow me to call your attention to Broca-Formula.
Thank you for using the Body Mass Index calculator of BMI-Club.
Powered By Blogger