Belida Kenyir pelahap Cacing Gila
2012/03/23
YUSOF Pak Cho bersama belida Tasik Kenyir yang membaham umpan cacing tanah.
LATA Papan di Tasik Kenyir, Terengganu bertambah dingin ketika penulis bersama 11 rakan pemancing tegar dari Shah Alam berkunjung ke situ 7 Januari lalu.
Suasana dingin dan berkabus memang menjadi pilihan mereka yang sebenarnya mahu merehatkan minda sambil berharap lubuk dikunjungi memberikan sesuatu kekuatan menjelang ujian sebenar pada pertandingan Boat On The Road anjuran Berita Harian dan kerajaan negeri bulan depan.
“Waktu malam selalunya ikan baung yang makan umpan, tapi tak kisahlah ikan apa pun yang dapat, janji ikan," katanya.
Selepas hujan reda, jam 9.00 malam beliau memasang umpan cacing tanah yang dibawa dari Shah Alam, bersenjatakan joran Abu Garcia digabungkan bersama kekili Shimano Twin Power, setengah jam kemudian jorannya direntap ganas oleh seekor ikan.
“Ikan dah kena, ikan Toman yang makan ni, tapi kenapa berat sangat ni," kata Wak Jai sambil menjeling kelibat putih di bawah air.
Sangkaan mendapat siakap mega tasik mula menceriakannya sebelum wajah bertukar terkejut apabila seekor ikan Belida seberat 6½ kg berjaya didinaikkan ke dalam bot menggunakan tali jenis varivas dengan kekuatan 20 paun.
“Aku ingatkan ikan siakap, tapi belida yang makan, apa pun syukur Alhamdulilah," katanya.
Rezeki nyata menyebelahi Wak Jai kerana beliau banyak mendapat ikan berbanding rakan lain hinggakan Yusof Pak Cho secara bergurau mendakwa Wak Jai menggunakan Jin Ikan.
“Apa boleh buat ! ini Allah punya kuasa da," katanya.
Sepanjang trip pemanas badan itu, rakan penulis berjaya mengail sejumlah lampam, baung, merah mata dan patin.
Seperti kelaziman, trip kali ini sekali lagi dimenangi Yusof Othman selepas beliau muncul kategori ikan terbanyak khususnya ikan baung. http://myredarowana.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment
my blood red arowana for sale