CERTIFICATE OF INDENTITY BLOOD RED AROWANA FOR SALE

BEST QUALITY BLOOD RED AROWANA, OFFER RM 5900 PLSS CALL ME FOR MORE DETAIL 0105242525.

BLOOD RED AROWANA FOR SALE

BEST QUALITY BLOOD RED AROWANA, OFFER RM 5900 PLSS CALL ME FOR MORE DETAIL 0105242525.

BLOOD RED AROWANA FOR SALE

BEST QUALITY BLOOD RED AROWANA, OFFER RM 5900 PLSS CALL ME FOR MORE DETAIL 0105242525.

BLOOD RED AROWANA FOR SALE

BEST QUALITY BLOOD RED AROWANA, OFFER RM 5900 PLSS CALL ME FOR MORE DETAIL 0105242525.

BLOOD RED AROWANA FOR SALE

BEST QUALITY BLOOD RED AROWANA, OFFER RM 5900 PLSS CALL ME FOR MORE DETAIL 0105242525.

BLOOD RED AROWANA FOR SALE

BEST QUALITY BLOOD RED AROWANA, OFFER RM 5900 PLSS CALL ME FOR MORE DETAIL 0105242525.

MY BLOOD RED AROWANAe

MY BLOOD RED AROWANA

BLOOD RED AROWANA

Go to Blogger FOR SALE TQ.

MENGENAL JANTINA AROWANA

CARA MENGENAL JANTINA AROWANA SILA LAWATI BLOG INI SELANJUTNYA......

http://myredarowana.blogspot.com/

THANK YOU

Showing posts with label JORAN. Show all posts
Showing posts with label JORAN. Show all posts

Tuesday, December 25, 2012

2 kaki pancing menang Viva


2 kaki pancing menang Viva

Che Marzuki (kiri) dan Sharizam (kanan) bersama  kereta yang dimenangi mereka. Turut kelihatan, Aminar dan Mahfar (dua dari kanan) di Rawang, semalam. 
 Che Marzuki (kiri) dan Sharizam (kanan) bersama kereta yang dimenangi mereka. Turut kelihatan, Aminar dan Mahfar (dua dari kanan) di Rawang, semalam.
Penyampaian hadiah penutup pertandingan GP Joran 2012

Rawang: Tahun ini membawa rezeki kepada dua kaki pancing yang menjuarai pertandingan memancing anjuran BH, GP Joran 2012 apabila masing-masing memenangi kereta PERODUA Viva Elite bernilai RM44,000.

Juara kategori laut dalam, Sharizam Abdul Hamid, 37, berkata 2012 membawa tuah kepadanya sebagai pemancing kerana memperoleh hadiah utama sebanyak dua kali.
“Pertengahan tahun, saya mendapat wang RM20,000 selepas dinobatkan juara pertandingan anjuran GP Joran yang diadakan di Perak.


“Hadiah Viva Elite ini pula saya anggap penutup tirai 2012 sepanjang pembabitan saya dalam aktiviti ini,” kata Sharizam.

Bagi juara kategori pantai, Che Marzuki Awang@Nordin, 49, pula berkata kereta yang diterimanya itu akan diserahkan kepada anak keduanya, Nor Najian, 21, untuk berulang-alik ke tempat kerja.

Batal hasrat jual kereta

“Mulanya saya berhasrat untuk menjual kereta ini, tapi selepas anak memujuk supaya membenarkannya menggunakannya untuk bekerja, saya batalkan niat itu.
“Sekurang-kurangnya, saya dapat lihat depan mata ‘hasil’ yang saya dapat daripada hobi memancing ini setiap hari,” katanya.

Hadiah disampaikan Pengarah Urusan PERODUA, Datuk Aminar Rashid Salleh di ibu pejabat PERODUA, semalam.

Majlis turut dihadiri Pengarah Eksekutif PERODUA, Zainal Abidin Ahmad; Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Mahfar Ali dan Penolong Pengarang Joran, Nasir Abd Wahab.

Pupuk setiakawan

Dalam ucapannya, Aminar menyifatkan GP Joran sebagai pertandingan yang dapat memupuk semangat kesukanan, kesabaran, setiakawan dan harus diteruskan.
“Ia juga mampu merapatkan silaturahim,” kata beliau.

Sementara itu, Mahfar berkata, hadiah kereta tajaan PERODUA menjadi tarikan utama bagi kaki pancing yang menyertai pertandingan memancing berprestij ini.
“Ramai bertanya bila siri pertandingan seterusnya akan bermula dan apakah model PERODUA yang menanti juara.

“Diharapkan kerjasama PERODUA dan BH akan berterusan,” katanya.


http://myredarowana.blogspot.com/
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rangka paus, ikan hiasan jadi tarikan


Rangka paus, ikan hiasan jadi tarikan

Putrajaya: Rangka ikan paus spesies Brydes sepanjang 12 meter dan bangkai dugong yang diawet, antara tarikan utama Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA International) 2012.

Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Datuk Ahamad Sabki Mahmood, berkata pameran di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor itu akan berlangsung selama 10 hari mulai Jumaat ini.
“Kita ada Laman Perikanan yang khusus bagi mempamerkan pelbagai spesies ikan hiasan termasuk kelisa atau arowana emas yang menjadi ikon kebanggaan Malaysia, penyu dan tuntong selain pelbagai spesies ikan tempatan seperti kelah, temoleh serta sebarau yang mempunyai nilai tinggi di pasaran tempatan mahupun antarabangsa.


“Selain itu, 75 usahawan perikanan akan mempamerkan pelbagai produk dan hasil inovasi masing-masing termasuk sistem penentuan lokasi ikan, penggunaan gas LPG dalam sistem enjin sangkut bot nelayan dan alat membersih sisik ikan.

“Acara kemuncak di Laman Perikanan ialah Cabaran Memancing MAHA International 2012 yang menawarkan hadiah keseluruhan RM48,933 anjuran bersama Jabatan Perikanan dan Unit Joran BH di Kolam MAEPS, Serdang, Selangor pada 2 Disember ini,” katanya pada sidang media sempena Majlis Promosi Laman Perikanan di pejabatnya, di sini semalam.

Turut hadir, Pengarang Eksekutif (Rencana BH) Zainor Said dan wakil penaja Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi), Norol Liza Zainal Abidin, wakil Syarikat Zulkifli Bhamadhaj (Petani) serta Nestle Product Sdn Bhd (Nestle/Maggi).

Rangka ikan paus Brydes yang akan dipamerkan Laman Perikanan itu ditemui terdampar di Pantai Pulau Sayak, Sungai Petani, Kedah, pada Februari 2011. Ia didatangkan khas dari Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC) Rantau Abang, Terengganu, untuk dipertontonkan kepada pengunjung MAHA International 2012.

http://myredarowana.blogspot.com/
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, October 24, 2012

JCorp sokong GP Joran BH


JCorp sokong GP Joran BH

 

Kamaruzzaman (dua dari kanan)  menyerah replika tajaan  kepada Zainor (dua dari kiri) pada majlis penyerahan tajaan Karnival Grand Slam GP Joran. Turut kelihatan Lukman serta Abdul Malek Talib (kiri).

 Kuala Lumpur: Johor Corporation (JCorp) terus menyokong Unit Joran BH apabila menyerahkan tajaan eksklusif sempena Karnival Grand Slam GP Joran 2012 di Tanjung Leman, Mersing, Johor pada 6 dan 7 Oktober ini.

Tajaan menerusi anak syarikatnya Damansara Assets Sdn Bhd diserahkan oleh Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Kamaruzzaman Abu Kassim kepada Pengarang Eksekutif Rencana BH, Zainor Said.

Kamaruzzaman berkata, penajaan kali kedua berturut-turut kepada BH adalah usaha JCorp untuk mempromosikan Tanjung Leman sebagai pusat peranginan serta destinasi pelancongan negeri Johor selain memperkenalkan Jeti Tanjung Leman sebagai pintu ke pulau peranginan berhampiran.

“Karnival Tanjung Leman adalah platform kepada JCorp memperkenalkan pembangunan jangka panjang sebagai Bandar Resort dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Tarik pengunjung

“Melalui karnival memancing seperti ini dijangka lebih ramai pemancing dan pengunjung akan mengunjungi Tanjung Leman sekali gus membangunkan ekonomi setempat,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan tajaan Karnival Grand Slam GP Joran di Dewan Perdana FELDA di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad; Timbalan Presiden Persatuan Pelayaran Johor, Lukman Abu Bakar dan Pengurus Projek Khas BH, Muhammad Mizal Hasbullah.
Pada majlis sama, Mohd Isa menyerahkan tajaan RM100,000 sempena Kejohanan Perahu Layar KFC-FELDA Terbuka Johor 2012 kepada Lukman.

Kamaruzzaman berkata, orang ramai berpeluang memeriahkan Karnival Tanjung Leman yang berlangsung selama dua hari bersempena pertandingan memancing dianjurkan Unit Joran BH itu.

Katanya, acara seperti persembahan artis, sukaneka, aktiviti derma darah, pemeriksaan kesihatan percuma, pertunjukan perahu layar, pertandingan karaoke dan pelbagai acara menarik menanti pengunjung.
http://myredarowana.blogspot.com/

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, September 16, 2012

GP Joran 2012: Sesungut sotong pikat tenggiri juara


GP Joran 2012: Sesungut sotong pikat tenggiri juara

Nasir Abd Wahab, Osman Lisut dan Zulhilmi Hat | bhnews@bharian.com.my Cetak
AHMAD (kiri) bersama bersama Md Yusli (tiga dari kanan) dan Mior Kamarul (lima dari kiri) bergambar bersama juara kategori Pantai dan Laut pada Karnival GP Joran 2012, di Kuala Pahang, Pekan, Pahang, semalam. - Foto NSTP/Syarafiq Abd Samad AHMAD (kiri) bersama bersama Md Yusli (tiga dari kanan) dan Mior Kamarul (lima dari kiri) bergambar bersama juara kategori Pantai dan Laut pada Karnival GP Joran 2012, di Kuala Pahang, Pekan, Pahang, semalam. - Foto NSTP/Syarafiq Abd Samad
Pekan: Pentadbir Kolej Ekonomi Rumah Tangga (ERT) dari Setapak, Kuala Lumpur, Mat Irahim Selamat, 51, dinobatkan juara Pusingan Keempat GP Joran 2012 yang berakhir di Kuala Pahang, dekat sini semalam.

Hasil tangkapan tenggiri 9.64 kilogram (kg) membawa tuah buat Irahim yang berjaya membawa pulang wang tunai RM20,000 dan hadiah iringan daripada penaja.
Juara Kategori Pantai dimenangi Mohd Zaki Abdullah, 38, dari Terengganu dengan hasil tangkapan ebek/cermin seberat 6.105kg.

Beliau turut membawa pulang wang tunai RM20,000 dan hadiah iringan penaja.

Tempat kedua dan ketiga Kategori Laut dimenangi Mohd Adris Selamat, 60, dari Johor dan peserta Pahang, Mahmud Mohamad, 54, dengan tangkapan ebek/cermin, masing-masing seberat 5.5kg dan 5.48kg.

Mohd Adris dan Mahmud, masing-masing turut membawa pulang RM10,000 dan RM4,000 berserta hadiah iringan daripada penaja.

Sementara itu, gelaran naib johan dan pemenang ketiga Kategori Pantai diraih Mohd Sanusi Ismail, 39, dari Terengganu dan Fauzi Mohamed Ali, 44, dari Pahang, selepas masing-masing menaikkan pari seberat 4.28kg dan 0.845kg, sekali gus berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 dan RM4,000 berserta hadiah iringan.
Semua pemenang menerima hadiah daripada Ketua Penolong Pegawai Daerah Pekan, Md Yusli Ibrahim yang mewakili Pegawai Daerah Pekan, Datuk Mohd Fadzil Mohd Kenali.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Bhd, Datuk Ahmad A Talib serta Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mior Kamarul Shahid.

Turut hadir Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Zamri Mohammad dan Penghulu Kuala Pahang, Hassan Mohd Shukur.

Ketika ditemui, Irahim berkata, tenggiri itu dinaikkan pada jam 10 malam kelmarin menggunakan umpan sesungut sotong mati.


Candat sotong sendiri


“Ikan terbabit melarikan umpan secara mengejut selepas joran dilabuhkan kira-kira 15 minit.

“Usaha saya mencandat sendiri sotong segar di Merchong, Pahang dua hari sebelum pertandingan untuk dijadikan umpan pada GP Joran sangat berbaloi,” katanya.

Karnival GP Joran di Kuala Pahang dianjurkan Unit Joran BH dengan kerjasama Pejabat Parlimen Pekan, Pejabat Tanah dan Daerah Pekan, LKIM Kuala Pahang dan Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Pahang (PNKP).

Pusingan Grand Slam di Tanjung Leman, Mersing, Johor akan berlangsung 6 dan 7 Oktober ini.

Untuk laporan penuh aksi saingan di Kuala Pahang, dapatkan sisipan Joran dalam BH Jumaat ini.

Klik pautan untuk lihat galeri khas Pusingan Keempat GP Joran 2012 di http://bit.ly/TGF6Tn
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Debaran GP Joran 2012 makin dirasa


Debaran GP Joran 2012 makin dirasa

Oleh Osman Lisut, Zulhilmi Hat, Jaafar Neemat dan Jamaludin Husin Cetak
Syed Manshor (tengah)  menyerahkan sumbangan barangan Adabi  kepada  Zainor (dua dari kanan), di Rawang, kelmarin.  - Foto Zahari Ariffin Syed Manshor (tengah) menyerahkan sumbangan barangan Adabi kepada Zainor (dua dari kanan), di Rawang, kelmarin. - Foto Zahari Ariffin
Kuala Lumpur: Debaran pusingan keempat Karnival Memancing GP Joran 2012 di Kuala Pahang, Pekan, Pahang, hujung minggu ini semakin dirasai apabila lima penaja tampil menyerahkan tajaan masing-masing kepada penganjur pertandingan berprestij itu.

Penaja GP Joran 2012
Antara penaja terbabit ialah Universal Fitness & Leisure (UFL-Coleman), Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi), Nestle Product Sdn Bhd (Nestle/Maggi), Syarikat Zulkifli Bhamadhaj (Petani) dan Perfect Food Manufacturing (Julie's).

Tajaan UFL-Coleman disampaikan Pengarah Eksekutifnya, Datuk Abdul Malek Mohamed Noor kepada Penolong Pengurus Projek Khas BH, Mohd Hazrul Rabu dan Adabi disampaikan Pengarah Urusannya, Datuk Syed Manshor Syed Mahmood kepada Pengarang Eksekutif Rencana BH, Zainor Said.

Tajaan Nestle/Maggi disampaikan Pengurus Kanannya, Mohd Ismail Osman kepada Penolong Pengarang Joran, Nasir Abd Wahab; tajaan Petani disampaikan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zulkifli Khalid kepada Ketua Biro BH Johor, Ismail Mat dan Julie’s pula oleh Penolong Pengurus Bahagian Pengurusan Perhubungan Korporat dan Pelanggannya, Evelyn Tan Chew Leng kepada Ketua Biro BH Melaka, Amirullah Andi Nur.

Turut menaja GP Joran ialah Ions Adventures Sdn Bhd, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd dan TCE Takles Sdn Bhd.
http://myredarowana.blogspot.com/
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, July 20, 2012

Piranha serang selatan China

Gambar (kiri) mangsa gigitan piranha manakala gambar (kanan), seorang penduduk menunjukkan ikan piranha bergigi tajam yang ditangkap di sungai Guangxi.
 Gambar (kiri) mangsa gigitan piranha manakala gambar (kanan), seorang penduduk menunjukkan ikan piranha bergigi tajam yang ditangkap di sungai Guangxi.
 Beijing: Sebuah bandar di selatan China memberi amaran kepada penduduk supaya berhati-hati dengan ancaman piranha selepas ikan itu menyerang dua orang yang masuk ke dalam sungai.

Malah, pihak berkuasa bandar itu menawarkan hadiah wang tunai 1,000 yuan (RM500) setiap seekor ikan bagi sesiapa yang dapat menyerahkannya, hidup atau mati, lapor media di sini, semalam. Seorang penduduk, Zhang Kaibo, berkata tangannya terpaksa dijahit selepas tiga ikan itu menyerangnya ketika dia membasuh anjing peliharaannya di tepi sungai.
Dia berjaya menangkap seekor ikan itu tetapi ia mati tidak lama kemudian.
“Ibu saya sudah memotongnya dan kami merancang untuk makan tetapi beberapa pegawai tempatan datang dan mengambilnya untuk tujuan kajian,” kata Zhang.

Penduduk diminta buru Piranha

Pihak berkuasa perbandaran Guangxi di Liuzhou meminta penduduk memburu dan menangkap ikan itu yang berasal dari Amerika Selatan.
Ikan itu menggigit dua penduduk awal minggu ini ketika mangsa berada di Sungai Liujiang, lapor China Daily.

“Pihak berkuasa melarang penduduk menggunakan pukat untuk menangkap ikan di kawasan sungai yang lalu di bandar itu tetapi tidak di tempat lain kerana ada langkah keselamatan diambil.

“Selain itu, lima bot membawa nelayan berpengalaman sudah ditempatkan di sungai itu sejak Isnin lalu,” kata pegawai Liuzhou, Wei Yongwen.

“Selain itu, lebih 40 nelayan lain daripada sebuah persatuan memancing tempatan turut menyertai usaha ini. Mereka menggunakan cebisan kecil khinzir untuk mengumpan ikan itu,” katanya lagi.

Ada juga penduduk berkumpul di tepi tebing sungai membawa joran sendiri untuk membantu, katanya.

“Agak menakutkan ikan seperti itu berada di sungai ini. Saya tidak dapat berenang lagi di situ. Saya harap mereka dapat tangkap semua piranha dalam masa terdekat,” kata seorang penduduk, Liu Junjie.

Kebimbangan tidak berpanjangan

Bagaimanapun, kebimbangan pihak berkuasa dan penduduk tidak dijangka berpanjangan kerana ikan itu mati apabila suhu air turun di bawah 15 darjah Celcius di Guangxi terutama apabila tiba musim sejuk, kata China Daily.

Media China melaporkan, ikan itu mungkin dilepaskan oleh penduduk yang membelinya sebagai haiwan perhiasan dan pihak berkuasa kini melakukan pemeriksaan bagi menyekat jualannya.
Agensi


http://myredarowana.blogspot.com/
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, May 22, 2012

Ikan bakar tarikan GP Joran di Lumut

Ikan bakar tarikan GP Joran di Lumut
Oleh Osman Lisut
manjoran@yahoo.com
2012/05/18

HAMIDAH mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk penganjuran GP Joran, baru-baru ini.
HAMIDAH mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk penganjuran GP Joran, baru-baru ini.
KARNIVAL Memancing GP Joran Pusingan Ketiga di Lumut, Perak pada 23 dan 24 Jun ini, bakal dicatatkan dalam Malaysia Book of Record (MBOR) dengan pelbagai program menarik sempena mempromosikan Tahun Melawat Perak 2012 (TMP 2012).

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Datuk Hamidah Osman, berkata karnival dua hari menampilkan aktiviti membakar ikan paling banyak dalam tempoh 24 jam untuk dijamu kepada pemancing, pengunjung serta penduduk tempatan.
“Program ikan bakar ini membabitkan pelbagai agensi termasuk pasukan beruniform dan pihak keselamatan yang akan bergilir-gilir membakar hasil laut serta ikan air tawar. Untuk itu sebanyak lima hingga tujuh tan ikan akan dibawa ke tapak karnival yang akan ditentukan tidak lama lagi.
Program ikan bakar ini membabitkan pelbagai agensi termasuk pasukan beruniform dan pihak keselamatan yang akan bergilir-gilir membakar hasil laut serta ikan air tawar. Untuk itu sebanyak lima hingga tujuh tan ikan akan dibawa ke tapak karnival yang akan ditentukan tidak lama lagi. - Datuk Hamidah Osman, Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri.
“Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Perak dan Jabatan Perikanan diberi mandat untuk mencari serta membawa ikan ke tapak karnival.

“Malah, dalam program itu kerajaan negeri turut menyediakan air asam asli untuk dimakan bersama-sama ikan bakar berkenaan. Saya yakin, air asam Perak mungkin berbeza dengan dihasilkan di negeri lain,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Karnival Memancing GP Joran 2012 di Ipoh, baru-baru ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Ahmad Fathil Abdul Ghani; Pengurus Projek Khas Berita Harian, Mohd Mizal Hasbullah; Eksekutif Kanan Projek Khas Berita Harian, Mohd Hazrul Rabu dan Ketua Biro Berita Harian Perak, Jalal Ali Abdul Rahim, selain wakil daripada beberapa agensi dan jabatan kerajaan serta Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

Hamidah berkata, pihaknya melihat penganjuran Karnival Memancing GP Joran sebagai platform terbaik bagi kerajaan negeri untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Perak dan kelainan program yang diatur mampu menjadi pemangkin.
“Tidak dinafikan GP Joran pernah menjadi produk untuk orang melancong ke sesebuah negeri. Saya difahamkan kali terakhir GP Joran di Perak ialah ialah di Lumut. pada 11 tahun lalu dan ketika itu kita menerima kebanjiran pengunjung yang turut dirasai manfaatnya penduduk setempat.

“Saya juga diberitahu ramai pemancing tegar dan pengikut setia GP Joran berasal di Perak, kehadiran karnival ini sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada mereka untuk bersama-sama mempromosi TMP 2012.

“Pertandingan ini turut memberi kesempatan kepada orang ramai mengunjungi tempat menarik di sekitar Lumut, Pulau Pangkor dan Manjung yang kaya dengan hasil laut. Begitu juga melawat kesan sejarah di Bruas iaitu kerajaan terawal di negara ini,” katanya.

Karnival GP Joran Perak menawarkan hadiah lumayan berjumlah keseluruhan RM82,000 yang mempertandingkan dua kategori iaitu laut dalam dan pantai. Pulau Jarak dan kawasan sekitarnya dipilih sebagai lokasi peserta laut dalam, manakala Pantai Teluk Senangin untuk kategori pantai.

Dapatkan borang penyertaan dalam sisipan Joran mulai Jumaat depan.

http://myredarowana.blogspot.com/
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pak hitam' Burma

HALIM HUSSIN bersama ikan kertang di Burma Bank
FotoFoto


  • TU malam adalah waktu terbaik memancing kerisi.
Foto




































 WAKTU malam adalah waktu terbaik memancing kerisi.
 
"CUKUP berbaloi-baloi mengharungi perjalanan sejauh 3,000 kilometer (km) semata-mata ingin menduga salah satu tempat paling popular memancing di lautan Andaman iaitu Burma Bank," kata Halim Hussin ketika menyertai trip tujuh hari enam malam yang di anjurkan oleh team Dewa 7 Lautan (D7L) baru-baru ini.

Ternyata perairan laut Andaman yang juga tempat pertemuan arus dari lautan Hindi dan selat Melaka ini kaya dengan khazanah ikan yang bersaiz gergasi dan tidak terdapat di negara ini.
Walaupun persekitarannya serta struktur kedalaman lautnya amat berbeza dengan perairan di Malaysia, Halim meluahkan rasa kepuasannya dengan kunjungannya pada kali pertama ini untuk memburu ikan yang diperkatakan seperti piranha iaitu membaham apa saya yang terjatuh di permukaan air.
Hanya bermodalkan besi jig seberat 400g pelbagai warna, pelbagai ikan berjaya di peroleh dengan menggunakan teknik jigging seperti kerisi bali, siakap merah, tuna ekor kuning, kerapu dan banyak lagi yang boleh dikatakan semuanya ikan gred ‘A’ dan mempunyai nilai yang tinggi di pasaran.
Menceritakan lebih lanjut , Halim berkata, memancing di laut Andaman memerlukan kecergasan mental dan fizikal yang jitu memandangkan lautnya mencecah kedalaman 200-500 meter hinggakan besi jig 400 gram pun mengambil masa agak lama untuk jatuh di dasar laut.

“Itu tidak termasuk ketika kita menggarau dengan di selang selikan henjutan pendek di mana pemancing yang kurang bertenaga pasti tewas di di pertengahan jalan kerana aktiviti sebegini.

“Namun begitu, persiapan kekili mempunyai ratio dan kemudian joran berkekuatan tinggi turut membantu mengelakkan pemancing daripada apa yang diperkatakan tadi,” katanya.

Halim ketika menyertai trip D7L, beliau menggunakan joran Jigging Master kekuatan PE 6-8 berserta kekili Shimano Stella 10000 yang dikhaskan untuk menarik ‘monster’ dengan mudah hingga permukaan air.
Dengan padanan joran dan kekili sebegini, kerja mengepam ikan hingga ke permukaan menjadi mudah ekoran ikan di perairan lautan Andaman ini tidak kenal erti jemu untuk memakan besi jig yang dihulurkan.

Hanya bermodalkan besi jig seberat 400g pelbagai warna, pelbagai ikan berjaya di peroleh dengan menggunakan teknik jigging seperti kerisi bali, siakap merah, tuna ekor kuning, kerapu dan banyak lagi yang boleh dikatakan semuanya ikan gred ‘A’ dan mempunyai nilai yang tinggi di pasaran.

Selepas puas melayan ikan kerisi bali dan kerapu hitam, tekong Engkarat iaitu pemilik Bot Polaris One bercadang untuk mencuba nasib ke salah satu lubuk milik beliau untuk memancing ikan tuna.

Sepanjang di sana, nyata team D7L berpesta ikan tuna yang anggaran bersaiz 4-6 kg dengan mudah berjaya dinaikkan menggunakan besi jig sehinggakan tidak sempat jig sampai ke dasar, pasti ikan mengena pada mata kail.

“Kejadian sambaran berganda atau double hook-up sudah menjadi perkara biasa memancing dekat lubuk pilihan tekong Engkarat ini dan apa yang menarik sekali, ikan pisang dan Wahoo yang berkongsi kawasan bersama ikan tuna juga banyak membaham jig dan saiznya pula agak kasar dan cara perlawanannya sama hebat dengan ikan tuna,” kata Halim.

Aktiviti memancing secara jigging dilakukan team D7L sehingga malam terakhir di mana berpuluh-puluh kilogram ikan spesis gred ‘A’ berjaya dinaikkan.

“Tidak boleh dinafikan perairan lautan Andaman memang kaya dengan khazanah ikan yang mendiami dasarnya. Segala penat lelah terubat dengan keseronokan menggunjun besi yang sudah memperdaya pelbagai ikan yang sebelum ini hanya makan umpan ikan,” kata Halim.

http://myredarowana.blogspot.com/
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, May 15, 2012

Kertang restu isteri

Kertang restu isteri
bhnews@bharian.com.my
2012/05/12

MOHD Sukri Sidek, 30, pemenang pusingan pertama GP Joran 2012 di Dungun, Terengganu. - Foto Aswadi Alias
MOHD Sukri Sidek, 30, pemenang pusingan pertama GP Joran 2012 di Dungun, Terengganu. - Foto Aswadi Alias
RESTU isteri dengan membenarkannya keluar memancing dan segunung harapan untuk memperoleh tangkapan lumayan, menyemarakkan lagi semangat Mohd Sukri Sidek ketika bersiap-siap bagi melangkahkan kaki ke jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kuala Dungun, pagi Sabtu lalu.

Buruh am dari Kampung Kuala Dungun itu hanyalah seorang kaki pancing biasa, namun selepas diumumkan sebagai pemenang pusingan pertama GP Joran 2012 di Dungun, Terengganu, Ahad lalu, semuanya berubah. Selain memenangi hadiah wang tunai RM20,000 berserta hadiah iringan, beliau kini menjadi sebutan pemancing sebagai antara seorang pencabar yang mampu meraih hadiah utama Grand Slam GP Joran 2012, sebuah Perodua Viva Elite.
Sukri yang ditemui berkata, beliau jarang meminta restu isteri bila keluar memancing, namun Sabtu lalu ia bukanlah seperti hari kebiasaannya turun ke laut, memandangkan cabaran kali ini amat berbeza kerana terpaksa bertarung dengan ratusan pemancing tegar dari seluruh negara yang juga peserta tetap GP Joran.
“Tersentak juga bila melihat aksi pemancing yang sudah bersiap sedia dengan peralatan dan perkakasan memancing serba canggih di jeti, berbanding saya hanya menggunakan kekili Banax lama dan joran antik Ryobi. Terlintas juga saya ingin menarik diri, namun teringat pesanan isteri dan dua anak di rumah, saya gagahkan juga untuk meneruskan cabaran,” katanya ketika ditemui selepas menerima hadiah daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam dan Infrastruktur negeri, Datuk Za'abar Mohd Adib.

Mengimbau kejayaan menaikkan seekor kertang gergasi sekali gus menobatkannya sebagai juara mutlak GP Joran Terengganu, beliau berkata, 15 minit terpaksa diperlukan memandangkan ikan berkenaan begitu besar dan berat, bagaikan menarik seekor anak lembu liar.

“Saya diasak dengan serba kejutan kerana ikan kertang berkenaan terlalu licik untuk ditewaskan. Tenaga saya dikerah hingga ke titisan peluh terakhir sebelum berjaya dinaikkan ke dalam bot dengan bantuan tekong Pok Leh. Selepas itu, saya terpaksa berehat kerana keletihan dan hanya melihat rakan-rakan meneruskan cabaran, kira-kira jam 5 pagi.

“Apabila ditimbang di meja penghakiman di jeti, berat ikan kertang berkenaan 18.24 kilogram dan rakan-rakan memberi tahniah kerana ia tangkapan paling berat dan memperoleh mata yang tinggi. Saya agak teruja dengan kerapu gergasi itu dan tidak sedar duduk di jeti hingga meja hakim ditutup pada jam 11 pagi,” katanya yang menewaskan kertang menggunakan umpan sotong segar.
Kemenangan itu menyemarakkan semangatnya untuk menyertai pertandingan itu ke lokasi seterusnya di Lumut bagi menambah kutipan mata sekali gus hingga menjadi antara pesaing untuk juara keseluruhan.

Sementara itu, tempat kedua diraih pemancing Melaka, Abdul Rahim Muhamad, 31, yang menaikkan kerapu seberat 11.58 kilogram dan meraih wang tunai RM10,000 manakala tempat ketiga, Mohd Shahir Jaafar, 34, dari Batu Pahat membawa pulang wang tunai RM4,000 selepas menjinakkan tenggiri 11.48 kilogram.

“Kerapu ini saya naikkan kira-kira jam 7 malam selepas Maghrib. Berumpankan ikan kembung hidup yang ditangkap menggunakan apollo, tidak diduga direntap rakus kerapu berkenaan hingga nyaris membuatkan saya berputih mata kerana joran sudah sampai ke gigi air. Nasib baik ia diikat dan selepas bertarung 20 minit ia berjaya ditewaskan,” katanya.

Abdul Rahim yang bertugas sebagai Pengurus Bahagian Tesco Malaysia berkata, beliau akan terus mengambil bahagian di GP Joran Perak di Lumut Jun nanti kerana bahang cabarannya amat sengit lebih-lebih lagi bertarung dengan pemancing tegar yang juga pengikut setia Joran.

“Aura GP Joran amat berbeza berbanding pertandingan memancing anjuran pihak lain. Di sinilah kita bertemu dan bertukar fikiran mengenai aktiviti memancing dengan pemancing ‘otai’ berkenaan. Saya juga berjinak-jinak dengan GP Joran pun atas ajakan pemancing tegar ini,” katanya.http://myredarowana.blogspot.com/
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

GP Joran popularkan negeri Terengganu

GP Joran popularkan negeri Terengganu
bhnews@bharian.com.my
2012/05/12

PENGERUSI Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Terengganu, Datuk Za'abar Mohd Adib (tengah), Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid (kanan), Ketua Pegawai Eksekutif Perak Tourism, Ahmad Fathil Abdul Ghani (dua kanan), Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Dungun, Mohamad Abd Ghani (dua kiri) dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Zainal Abidin Zakaria (kiri) bergambar dengan hasil tangkapan pemancing Kategori Laut dan Pantai pada majlis penyampaian hadiah dan penutup Pusingan Pertama Karnival GP Joran Berita Harian 2012 Pusingan Pertama,Kuala Dungun,Terengganu.
PENGERUSI Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Terengganu, Datuk Za'abar Mohd Adib (tengah), Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid (kanan), Ketua Pegawai Eksekutif Perak Tourism, Ahmad Fathil Abdul Ghani (dua kanan), Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Dungun, Mohamad Abd Ghani (dua kiri) dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Zainal Abidin Zakaria (kiri) bergambar dengan hasil tangkapan pemancing Kategori Laut dan Pantai pada majlis penyampaian hadiah dan penutup Pusingan Pertama Karnival GP Joran Berita Harian 2012 Pusingan Pertama,Kuala Dungun,Terengganu.
KARNIVAL memancing GP Joran dan beberapa siri pertandingan memancing lain di Terengganu berjaya meletakkan Dungun sebagai salah satu destinasi terkenal aktiviti luar bersama keluarga di negara ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam dan Infrastruktur negeri, Datuk Za'abar Mohd Adib.

Beliau berkata, sebagai negeri yang mempunyai pesisir maritim yang luas, Terengganu pasti menjadi tarikan pemancing sama ada dari dalam mahupun luar negara, kerana selain laut negeri terkenal dengan jolokan Sang Penyu itu memiliki tasik serta sungai, sesuai dijalankan pertandingan memancing.
“Beberapa siri kejohanan memancing berprestij yang diadakan di negeri ini bukan saja membawa nama Terengganu sebagai lokasi pancing terkenal, malah menyemarakkan lagi kegiatan pelancongan, di mana memberi kesan limpahan ekonomi kepada pengusaha hotel, peniaga kecil serta pemilik bot.
“Penduduk kampung atau sekitarnya turut menerima limpahan apabila menyewa homestay, penjualan makan dan minum kepada kaki pancing yang mengambil bahagian. Begitu juga ahli keluarga pengunjung bersama-sama memeriahkan kegiatan ekonomi penduduk setempat,” katanya ketika berucap pada majlis penutup dan penyampaian hadiah Karnival Memancing GP Joran Terengganu di Kuala Dungun, Ahad lalu.

Za’abar berkata, selepas beberapa siri penganjuran pertandingan memancing dan karnival yang diadakan, daerah Dungun kini menjadi terkenal sebagai destinasi pilihan pemancing berdasarkan kedatangan tidak putus-putus kaki pancing yang menyewa bot menguji pelbagai spesies ikan bermutu.

“Berikutan acap kali spesies tenggiri paling banyak didaratkan di daerah ini, Terengganu juga sudah mewartakan Dungun sebagai Bandar Tenggiri. Ia sekali gus dapat menarik lebih ramai kaki pancing untuk menduga serta menawan spesies plagik berkenaan,” katanya.

Selain pertandingan memancing GP Joran, acara lain seperti Boat On The Road (BOTR) dan Karnival Candat Sotong Harian Metro banyak membantu kerajaan Terengganu menyemarakkan kegiatan pelancongan di negeri ini.

http://myredarowana.blogspot.com/
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, May 9, 2012

Anak Terengganu juara GP Joran

Anak Terengganu juara GP Joran

2012/05/07

ZAABAR (tengah) dan  Mior Kamarul (tiga dari kiri) bergambar  bersama pemenang pada  Karnival Pusingan  Pertama GP Joran 2012 di Dungun, Terengganu, semalam.
ZAABAR (tengah) dan Mior Kamarul (tiga dari kiri) bergambar bersama pemenang pada Karnival Pusingan Pertama GP Joran 2012 di Dungun, Terengganu, semalam.
DUNGUN: Anak tempatan, Mohd Sukri Sidek dan Mohd Nasrull Tahir dari Kuantan masing-masing dinobatkan sebagai pemenang kategori Laut dan Pantai, GP Joran Pusingan Pertama 2012 anjuran Berita Harian, di sini semalam.

Mohd Sukri, 30, berjaya menaikkan kerapu seberat 18.24 kilogram (kg) manakala Mohd Nasrull, 34, pula ebek seberat 1.7 kg sekali gus masing-masing membawa pulang hadiah tunai RM20,000 serta pelbagai hadiah iringan.
Peserta Melaka, Abdul Rahim Muhamad, 31, yang menaikkan kerapu seberat 11.58 kg memenangi tempat kedua kategori Laut dengan hadiah wang tunai RM10,000 manakala tempat ketiga Mohd Shahir Jaafar, 34, dari Batu Pahat membawa pulang wang tunai RM4,000 selepas menaikkan tenggiri 11.48 kg.
Pemenang kedua kategori Pantai, Bahudin Mamat, 54, dari Kota Bharu menaikkan gerong belang 1.64 kg dan menang hadiah wang tunai RM10,000 manakala tempat ketiga milik Mohd Rizal Musa, 33, dari Kuala Terengganu selepas menaikkan ikan cermin seberat 1.38 kg dan menerima hadiah wang tunai RM4,000.

Kategori khas ikan pari dimenangi Norhisham Ahmad, 45, dari Muar dengan tangkapan seberat 23.38 kg sekali gus menang wang tunai RM1,000 manakala tekong terbaik Mat Din Sidek, 52, dari bandar ini menerima hamper dan hadiah iringan daripada penganjur.

Hadiah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam dan Infrastruktur negeri, Datuk Za’abar Mohd Adib. Hadir sama, Pengarang Kumpulan Berita Harian; Datuk Mior Kamarul Shahid; Pengurus Besar Persatuan Nelayan Dungun, Zainal Abidin Zakaria dan Pengerusi Persatuan Nelayan Dungun, Mohamad Abd Ghani.

Za'abar berkata, beberapa siri kejohanan memancing berprestij yang diadakan di negeri ini bukan saja membawa nama Terengganu sebagai lokasi pancing terkenal dan menyemarakkan kegiatan pelancongan, tetapi juga memberi kesan limpahan ekonomi kepada pengusaha hotel, peniaga kecil serta pemilik bot.
Justeru, katanya, kerajaan negeri berterima kasih kepada Berita Harian atas penganjuran pertandingan itu di sini, sekali gus lebih 500 kilogram ikan berjaya dinaikkan daripada 450 pemancing kategori Laut dan 600 kategori Pantai.

“Selepas beberapa siri penganjuran pertandingan memancing dan karnival yang diadakan, daerah ini menjadi terkenal sebagai destinasi pilihan pemancing berdasarkan kedatangan tidak putus-putus pemancing yang menyewa bot menguji pelbagai spesies ikan bermutu terutama tenggiri di daerah ini,” katanya.

Katanya, pertandingan memancing GP Joran dan acara lain seperti Boat On The Road (BOTR) dan Karnival Candat Sotong Harian Metro banyak membantu kerajaan negeri menyemarakkan kegiatan pelancongan di negeri ini.

Sementara itu, Mior Kamarul berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan negeri, Majlis Perbandaran Dungun dan penaja atas sokongan dan komitmen untuk menjayakan penganjuran GP Joran pada tahun ini.

“Saya juga bangga melihat kerjasama erat penduduk di sini yang menjayakan kenduri rakyat yang kali pertama diadakan sebagai sampingan bagi memeriahkan lagi karnival GP Joran, justeru kita harap keadaan ini menjadi contoh untuk turut dilaksanakan pada pusingan akan datang,” katanya.
http://myredarowana.blogspot.com/
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, April 25, 2012

Toman Tasik Kenyir menanti

Toman Tasik Kenyir menanti

2012/04/20

  Foto

 SASITHARAN dengan toman Tasik Kenyir.

Lokasi BOTR 2012 tidak menghampakan

MUARA Sungai Lasir, Sungai Mala, Sungai Leban Terengganu dan kawasan berhampiran Pertang Island Resort yang menjadi lokasi pertandingan Boat On The Road 2012 (BOTR 2012) kaya dengan toman serta baung yang tersenarai sebagai spesies dipertandingkan.
Walaupun jumlahnya dikatakan agak berkurangan sejak kebelakangan ini, namun pemancing tidak pulang tangan kosong jika kena pada gayanya. Tambahan pula toman di sini amat sensitif dengan keadaan sekeliling dan pemancing perlu peka dengan kelibat ikan di air.
Kunjungan sekumpulan pemancing dari Klang/Shah Alam yang diketuai Tamizam Abd Karim ke Tasik Kenyir baru-baru ini, nyata berjaya memenuhi impian mereka untuk menewaskan spesies licik itu, terutama memancing toman di celah tunggul kayu yang menjadi rumahnya.

“Tasik Kenyir ibarat rumah air kedua saya sekiranya tidak turun memancing ke laut. Masakan tidak, ada saja pelawaan ke tasik ini, saya tidak pernah menolaknya terutama membawa pemancing yang baru-baru berjinak menguji spesies air tawar.

“Dengan keadaan air tasik yang masih belum turun, toman kebiasaannya akan bermain atau mencari makanan di muka sungai atau anak-anak sungai kerana di situ banyak ikan kecil bermain. Jika bernasib baik, dari jauh lagi kita dapat melihat percikan air terhambur ke udara menandakan toman menyambar ikan kecil.

“Kunjungan saya bersama Hadi iaitu juara BOTR 2010, Sasitharan Nair dan Rahiman nyata membuahkan hasil. Bukan seekor tetapi tiga toman berjaya didaratkan. Hanya seekor toman seberat tujuh kilogram saja diambil gambar, manakala dua lagi bersaiz kecil tidak sampai sekilogram,” katanya kepada Joran.
Kata Tamizam, toman Tasik Kenyir suka menyambar ikan keli atau lampam, kerana ia amat anti lenggokan ikan berkenaan.

“Begitu juga umpan tiruan yang dikatakan mengacau ‘ketenteraman’ mereka. Tidak hairan, jika pemancing berpeluang melihat sekumpulan anak toman, segera baling umpan tiruan ke dalam kumpulan berkenaan kerana ibu toman berada di bawahnya.

“Toman amat pantang ada objek lain atau penghuni asing datang ke kumpulannya, habis diratah. Pemancing perlu ingat sejak kebelakangan ini Tasik Kenyir dipenuhi siakap putih apabila kerajaan negeri melepaskan kira-kira 30,000 ekor sebagai tambahan stok ikan.

“Seperti toman, siakap juga sering kelihatan di muka sungai kerana di situ banyak makanan terutama seluang, lampam dan kejor bermain di situ,” katanya.

Bagi mereka yang memancing dasar (bottom), beliau turut mengesyorkan tapa, cacing gila atau udang gantung sebagai umpan bagi memperdayakan baung atau spesies lain.

“Saya pernah menewaskan belida seberat dua kilogram tahun lalu ketika memancing dasar. Seronok juga menaik ikan berkenaan kerana badannya leper dan besar memberikan sedikit tentangan,” katanya.

INFO: ATUR CARA BOTR 2012

Jumaat (hari ini)

6.30 pagi Peserta berkumpul di Perkarangan Sri Pentas TV3
(20 Buah Kenderaan terpilih sahaja - Konvoi Kecil)
- Peserta berkumpul di Perkarangan Pejabat MTD di Gombak
(baki 60 Buah Kenderaan - Konvoi Besar)
8.00 pagi Pelancaran/Pelepasan peserta oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Tengku Putra Tengku Awang.
8.20 pagi Percantuman Konvoi Kecil dan Konvoi Besar menjadi satu kumpulan di Plaza Tol Gombak
10.30 pagi Peserta Konvoi tiba di Check Point Pertama (1) di R&R Temerloh
(Sarapan Pagi & Mengisi Minyak Kenderaan)
11.00 pagi Perjalanan Konvoi diteruskan.
12.30 tgh Konvoi dijangka tiba dan melintasi Plaza Tol Jabor,
Terengganu
2.00 ptg Peserta konvoi tiba di perhentian kedua di Stesen
Minyak Petronas Bandar Al-Muktafibillah Shah/Bukit Besi
(Makan tengahari di R&R Bandar Al-Muktafibillah Shah & Solat)
2.45 ptg Perjalanan konvoi disambung
4.00 ptg Peserta tiba di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir
(Peserta Konvoi membuat pengesahan penyertaan pertandingan & menurunkan Bot dan Susunan Kenderaan 4X4
5.30 ptg Peserta melapor diri pada Marshall di Rumah Bot yang telah ditetapkan.
8.30 mlm Makan malam di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir
(Berehat di Rumah Bot masing-masing)

21 April 2012 (Esok)

6.00 pagi Peserta dan Marshall membuat persiapan diri & sarapan Pagi
7.00 pagi Taklimat Pertandingan & Bacaan Doa
diikuti Majlis Pelepasan Peserta mengikut kategori.
Pertandingan bermula
12.00 tgh Peserta makan tengahari di Rumah Bot
7.00 mlm Pertandingan hari pertama tamat
7.15 mlm Peserta casting balik ke rumah bot masing-masing
(Makan malam)
Rehat

22 April 2012 (Ahad)

6.00 pagi Sarapan pagi
7.00 pagi Pertandingan bagi kedua-dua kategori bersambung semula
10.00 pagi Pertandingan tamat
10.30 pagi Semua Peserta bergerak ke Pengkalan Gawi.
1.30 ptg Peserta tiba di Jeti Pengkalan Gawi
(Para peserta menaikkan Bot masing-masing di Kenderaan 4X4)
2.00 ptg Ketibaan Menteri Besar Terengganu, YAB Datuk Seri Ahmad Said di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.
2.10 ptg Menteri Besar beramah mesra dengan para peserta
2.30 ptg Persembahan kebudayaan dan Cabutan Bertuah
2.30 ptg Ucapan aluan Menteri Besar diikuti Majlis Penyampaian Hadiah & Sesi bergambar Pemenang
4.30 ptg Sidang Media & Jamuan Minum Petang
5.00 ptg Bersurai.

Patuhi arahan Ketua Marshal. http://myredarowana.blogspot.com/
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Daftar GP sebelum 30 April

Daftar GP sebelum 30 April

2012/04/20

PESERTA Grand Slam GP Joran 2011, selesa menaiki bot masing-masing.
PESERTA Grand Slam GP Joran 2011, selesa menaiki bot masing-masing.
PESERTA Kategori Laut Karnival Pusingan Pertama GP Joran 2012 yang berlangsung di Kuala Dungun, Terengganu pada 5 dan 6 Mei depan diingatkan melakukan pendaftaran awal sebelum tarikh tutup iaitu 30 April (Isnin) depan untuk mengelakkan kehabisan bot.

Pembayaran sebanyak RM250 seorang boleh dilakukan secara atas talian (sila rujuk di bawah borang) atau hadir sendiri membawa keratan rasmi borang akhbar ini di Unit Joran Tingkat 4, Berita Harian di Jalan Riong, Bangsar dekat sini.
Bagi Kategori Pantai, wang pendaftaran RM100 boleh dilakukan di lokasi pertandingan sehari sebelum acara bermula hingga hari pertandingan.
Borang penyertaan rasmi boleh didapati dalam akhbar ini setiap Jumaat di mana peserta berpeluang memenangi cabutan bertuah berupa sebuah motosikal ketika acara akhir berlangsung.

Dalam pada itu, Karnival Pusingan Pertama GP Joran 2012 menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM82,000 kepada pemenang.

Juara Kategori Laut bakal membawa pulang wang tunai RM20,000; kedua RM10,000; ketiga RM4,000, keempat (RM1,000); kelima (RM500) ke-6 hingga ke-15 (RM 300); ke-16 hingga ke- 30 (RM200) dan ke-31 hingga ke 40 (hamper).

Kategori Pantai pula, Juara RM20,000; kedua RM10,000; ketiga RM4,000, keempat (RM1,000); kelima (RM400) ke-6 hingga ke-15 (RM 200); ke-16 hingga ke- 30 (RM100) dan ke-31 hingga ke-40 (hamper).
Hadiah Khas Pari (Kategori Laut), Juara bakal membawa pulang wang tunai RM1,000, kedua RM500 dan ketiga RM300. Kesemua pemenang turut membawa pulang hadiah iringan dari penaja. (rujuk iklan dalam sisipan Joran di akhbar Berita Harian hari ini (Jummat)).

Dalam pada itu, tinjauan Joran
ke tapak lokasi mendapati kerja pembaikan di Pantai Teluk Lipat, Dungun, sedang rancak dilakukan.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, April 8, 2012

pertandingan memancing anjuran kelab sukan mahkamah klang/polis

 31/3/2012
KOLAM SEA LION KLANG

pertandingan  memancing anjuran mahkamah klang/polis & peguam 31/3/2012 sabtu di kolam memancing sea lion pelabuhan klang..

seramai 51 perserta telah memasuki pertandingan ini dan hadiah nya juga agaK lumayan bagi tempat pertama MERUPAKAN :

1. lcd 42 inci
2 led 32 inc
3 kipas angin SILING

dan 10 hemper merupupakan hadiah lucky draw

(tempat pertama ikan kerapu seberat 17kg)



 kolam sea lion pelabohan klang


 S/I kita tengah bagi taklimat siket mengenai atucara dan syarat 2 pertandingan...  dan di bawah ini semua para perserta






























 para perserta tengah menunggu tangkapan ikan dengan penuh kesabaran...

haa yang ini ikan pertama ku kerapu 17 kg




























 penyampai hadiah dan lucky draw dan selepas berpenat lelah para perserta di jamu selera di restoran bagan pelabuhan klang



 tempat ke tiga

 tempat ke dua

 haa ne dia tempat pertama









 puan nor hakim mahkamah klang












SEKIAN TERIMAKASIH


http://myredarowana.blogspot.com/
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

translate

BMI Calculator

The BMI is calculated with the formula body weight divided by height to square. To make it easy for visitor of your homepage to calculate the Body Mass Index (BMI), use the BMI Gadget by BMI-Club . Allow me to call your attention to Broca-Formula.
Thank you for using the Body Mass Index calculator of BMI-Club.
Powered By Blogger