Leka mengail gerombolan ebek di Tenggol
23/03/2012
PERAIRAN Pantai Timur khususnya lubuk pancing di Terengganu dan Pahang terus dipenuhi kaki pancing seluruh negara sejurus mengetahui gerombolan ebek kembali dengan banyaknya bermula Februari lalu.
Lantas pada 1 Februari lalu, khidmat tekong Pak Din digunakan ahli Tuna Biru yang diketuai penulis berangkat ke sana seawal pagi sebelum terbit fajar menaiki bot Pak Din yang cekap dan kami selamat berlabuh pada zon dibenarkan memancing di unjam Tanjung Pulau Tenggol untuk mendapat ikan segar seperti selar, kembung, tamban dan selayang.
Sesudah cukup bekalan, kami terus di bawa Pak Din ke Karang Tanjung yang kedalaman sesuai untuk pancingan dasar.
Di sini kami tidak menunggu lama kerana umpan Amirul dan Bakar (Burn) serentak di sambar mangsa, sekali gus dua kekili mendatar berbunyi nyaring sambil mengeluarkan tali induk 50 paun. Dua sentapan itu nyata menjadi pembakar semangat apabila masing-masing menaikkan kerapu dan ebek petanda jelas musim gerombolan ikan itu sudah kembali.
Semasa matahari mencecah kaki langit, seekor lagi ebek dapat didaratkan Jimmy yang kini berstatus suami manakala penulis masih menunggu joran yang belum diusik.
namun, menjelang malam, cuaca mula berubah dengan angin mula bertiup kencang mencetuskan gelombang agak tinggi meskipun jemuduk mula datang ketika arus berubah pasang.
Satu jam di situ, cuaca bertambah buruk, Pak Din berpindah satu kawasan berlindung, berpatah balik di Teluk Pulau Nyireh tidak jauh dari Pulau Tenggol.
Bermalam di lokasi tersebut, penulis sempat melepaskan seekor ikan selar hidup dengan teknik pancing hanyut untuk memerangkap tenggiri perbualan terhenti terhenti mendadak apabila kekili Penn mula menjerit sambil mengeluarkan tali utama 50 paun dengan laju.
Pengalaman di laut membantu penulis mengawal mangsa daripada melepaskan diri dan akhirnya bangga sambil berkata dalam hati:. “Allhamdulillah, tenggiri rupanya!!
Trip singkat di hujung gelora Tengkujuh itu terpaksa dipendekkan apabila kami diarah balik keesokan hari kerana cuaca bertambah buruk sambil meredah gelombang dua meter dan akhirnya kami selamat sampai di jeti LKIM Dungun.
0 comments:
Post a Comment
my blood red arowana for sale