Pari termahal
2012/03/09
JUARA Pertandingan Memancing Karnival Pra GP Joran Berita Harian 2012, Ramly Hamid bergambar bersama ikan pari seberat 2.26 kg selepas majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. - Foto Mohd Yusni Ariffin
MOHD ALI (kanan) bersama Ab Rahaman meninjau tangkapan peserta di khemah pameran ikan. Daun baru majoriti carta tangkapan
"PANCANG besi yang dipacak tiba-tiba rebah, joran pula hampir diseret ke dalam laut manakala saya yang berlari untuk mendapatkannya pula tersembam atas pasir," kata Ramly Hamid, 54, selaku Juara pertandingan memancing Pra-GP Joran Berita Harian yang menceritakan detik cemas beliau ketika pari seberat 2.26 kilogram (kg) yang berjaya didaratkan beliau ketika pertandingan memancing di Pantai Puteri, Melaka Ahad lepas.
Tempat ketiga, Zamri Yaakub, 35, dari Wangsa Maju, Kuala Lumpur menerusi tangkapan ikan daun baru seberat 0.98 kilogram yang turut membawa pulang wang tunai RM5,000 dan hadiah iringan, manakala tempat keempat milik Bakhorin Hamid dari Melaka dengan tangkapan ikan daun baru seberat 0.97 kilogram dan menerima wang RM1,000 serta hadiah iringan.
Hadiah kepada pemenang disampaikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Turut hadir dalam majlis sama iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Ab Rahaman Ab Karim; Pengarang Eksekutif (Rencana) Berita Harian, Zainor Said; Pengurus Projek Khas Berita Harian, Mohd Mizal Hasbullah; Ketua Biro Berita Harian Melaka, Amirullah Andi Nur.
Ramly ditemui dan menceritakan pengalaman mendebarkan ini berkata, kira-kira 20 minit selepas siren dibunyikan joran sepanjang 3.6 meter miliknya tiba-tiba rebah menyembah bumi seperti disentap sesuatu di dasar laut.
“Joran yang dipacak pancang besi tiba-tiba rebah dan dengan pantas saya berlari untuk mendapatkannya tetapi entah di mana silapnya kaki saya seperti tersadung tunggul kayu menyebabkan saya rebah dan muka saya hampir tersembam atas pasir.
“Namun nasib saya baik apabila anak saudara saya yang tidak jauh dari saya datang membantu mendapatkan joran hampir masuk dalam air tadi dan kemudian memberikan kepada saya untuk bertarung dengan spesies ikan tidak dikenal pasti sebelum itu.
“Hampir lima minit juga saya bertarung dengan mangsa dan atas pertolongan pemancing lain dengan memberi laluan kepada saya akhirnya pari sebesar dulang terdampar di tepi pantai dengan warna kelabu kehijauan yang melegakan hati saya sehingga tamat pertandingan,” katanya dari Kampung Kuala Sungai Baru, dekat sini.
Ditanya kepada bapa kepada dua anak ini mengenai perbelanjaan wang hasil kemenangan ini, Ramly berkata, sebahagian wang ini akan digunakan untuk mendaftar haji sebagai pelengkap rukun Islam Kelima dan sebahagian lagi untuk didermakan kepada masjid Kampung Bertam.
Karnival memancing Pra-GP Joran melabuhkan tirainya di Pantai Puteri dekat sini, Ahad lepas dan pusingan kedua bakal menemui pemancing di Kuala Dungun, Terengganu pada 5 dan 6 Mei depan.
Sementara itu, Mohd Ali dalam ucapan beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pemenang Pra-GP Joran Berita Harian 2012 dan berharap mereka akan menyertainya lagi pada pertandingan sama tahun depan dengan majlis penuh gemilang.
Katanya, kerajaan negeri Melaka sentiasa menyokong usaha Berita Harian menerusi Unit Joran itu bagi menarik lebih ramai pelancong, khususnya kaki pancing ke negeri ini.
http://myredarowana.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment
my blood red arowana for sale