Friday, March 23, 2012

Pantai Bagan Pinang muat 2,000 pemancing

PANTAI Bagan Pinang Port Dickson mula dikunjungi pemancing untuk mencuba nasib.
PANTAI Bagan Pinang Port Dickson mula dikunjungi pemancing untuk mencuba nasib.
 
KONTINJEN Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Sembilan yakin
Pantai Bagan Pinang yang terletak di Batu 3 di Port Dickson mampu menampung lebih 1,500 pemancing yang bakal berentap pada pertandingan sempena Hari polis ke-205 pada 31 Mac ini.

Keyakinan itu diluahkan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berdasarkan sambutan hangat pemancing dalam beberapa siri memancing yang diadakan di situ sebelum ini. Tinjauan Joran ke pantai itu minggu lalu mendapati jaraknya kira-kira 1500 meter dan diramal padat andainya mendapat sambutan pemancing seluruh negara.
Kami bekerjasama dengan beberapa agensi lain menyediakan khemah sesuai serta mendapatkan punca bekalan elektrik sepanjang pertandingan berlangsung. - Zulkifli Adam, Pemangku Ketua Polis Port Dickson

“Pihak tuan rumah sudah dalam peringkat akhir membuat persiapan manakala promosinya menerusi media termasuk Negeri Fm semakin hebat dan kami percaya pertandingan memancing termasuk semua acara sampingan yang bakal diadakan pasti berjaya," katanya.

Pertandingan julung kali itu hasil cetusan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang tertarik dengan kemeriahan susana memancing anjuran sebuah agensi kerajaan tempatan ketika menginap di Mes Greysand (Mes Polis) tahun lalu.

Selaras dengan matlamat mendekati komuniti, maka idea berkenaan direalisasikan tahun ini dan dianjurkan sempena sambutan Hari Polis ke-205.
Sementara itu Pemangku Ketua Polis Port Dickson, Deputi Superintendan Zulkifli Adam sudah mengarahkan anggotanya menyiapkan tapak acara berkenaan termasuk menggunakan sebuah kompleks berhampiran pantai Bagan Pinang untuk pertandingan memasak dan mewarna.

“Kami bekerjasama dengan beberapa agensi lain menyediakan khemah sesuai serta mendapatkan punca bekalan elektrik sepanjang pertandingan berlangsung.

“Beberapa anggota kami juga berpeluang bertukar pengalaman apabila setuju dilantik sebagai petugas marshal dan urus setia pendaftaran," katanya.

Pertandingan itu terbuka kepada semua dengan anggota polis yang layak ditawarkan yuran RM60 satu joran berbanding peserta awam RM80 satu joran.
Pemenang bakal membawa pulang RM15,000 diikuti tempat kedua (RM10,000), ketiga (RM8,000) dan keempat hingga 10 (RM500).

Pemenang tempat ke-11 hingga 30 RM200 manakala tempat ke-31 hingga 100 (RM100) serta banyak cabutan bertuah termasuk masing-masing dua motosikal dan basikal serta 50 campuran barangan elektrik dan perkakas rumah lain.

Pertandingan itu turut ditaja syarikat jualan barangan pancing TCE Tackles, Universal Fitness Coleman, Nestle Product dengan barangan Maggi dan Nescafe, Zulkifli Bamadhaj menerusi barangan Petani dan Perfect Food Manufacturing berupa biskut Julie's.

0 comments:

Post a Comment

my blood red arowana for sale

translate

BMI Calculator

The BMI is calculated with the formula body weight divided by height to square. To make it easy for visitor of your homepage to calculate the Body Mass Index (BMI), use the BMI Gadget by BMI-Club . Allow me to call your attention to Broca-Formula.
Thank you for using the Body Mass Index calculator of BMI-Club.
Powered By Blogger