Wednesday, April 25, 2012

Toman Tasik Kenyir menanti

Toman Tasik Kenyir menanti

2012/04/20

  Foto

 SASITHARAN dengan toman Tasik Kenyir.

Lokasi BOTR 2012 tidak menghampakan

MUARA Sungai Lasir, Sungai Mala, Sungai Leban Terengganu dan kawasan berhampiran Pertang Island Resort yang menjadi lokasi pertandingan Boat On The Road 2012 (BOTR 2012) kaya dengan toman serta baung yang tersenarai sebagai spesies dipertandingkan.
Walaupun jumlahnya dikatakan agak berkurangan sejak kebelakangan ini, namun pemancing tidak pulang tangan kosong jika kena pada gayanya. Tambahan pula toman di sini amat sensitif dengan keadaan sekeliling dan pemancing perlu peka dengan kelibat ikan di air.
Kunjungan sekumpulan pemancing dari Klang/Shah Alam yang diketuai Tamizam Abd Karim ke Tasik Kenyir baru-baru ini, nyata berjaya memenuhi impian mereka untuk menewaskan spesies licik itu, terutama memancing toman di celah tunggul kayu yang menjadi rumahnya.

“Tasik Kenyir ibarat rumah air kedua saya sekiranya tidak turun memancing ke laut. Masakan tidak, ada saja pelawaan ke tasik ini, saya tidak pernah menolaknya terutama membawa pemancing yang baru-baru berjinak menguji spesies air tawar.

“Dengan keadaan air tasik yang masih belum turun, toman kebiasaannya akan bermain atau mencari makanan di muka sungai atau anak-anak sungai kerana di situ banyak ikan kecil bermain. Jika bernasib baik, dari jauh lagi kita dapat melihat percikan air terhambur ke udara menandakan toman menyambar ikan kecil.

“Kunjungan saya bersama Hadi iaitu juara BOTR 2010, Sasitharan Nair dan Rahiman nyata membuahkan hasil. Bukan seekor tetapi tiga toman berjaya didaratkan. Hanya seekor toman seberat tujuh kilogram saja diambil gambar, manakala dua lagi bersaiz kecil tidak sampai sekilogram,” katanya kepada Joran.
Kata Tamizam, toman Tasik Kenyir suka menyambar ikan keli atau lampam, kerana ia amat anti lenggokan ikan berkenaan.

“Begitu juga umpan tiruan yang dikatakan mengacau ‘ketenteraman’ mereka. Tidak hairan, jika pemancing berpeluang melihat sekumpulan anak toman, segera baling umpan tiruan ke dalam kumpulan berkenaan kerana ibu toman berada di bawahnya.

“Toman amat pantang ada objek lain atau penghuni asing datang ke kumpulannya, habis diratah. Pemancing perlu ingat sejak kebelakangan ini Tasik Kenyir dipenuhi siakap putih apabila kerajaan negeri melepaskan kira-kira 30,000 ekor sebagai tambahan stok ikan.

“Seperti toman, siakap juga sering kelihatan di muka sungai kerana di situ banyak makanan terutama seluang, lampam dan kejor bermain di situ,” katanya.

Bagi mereka yang memancing dasar (bottom), beliau turut mengesyorkan tapa, cacing gila atau udang gantung sebagai umpan bagi memperdayakan baung atau spesies lain.

“Saya pernah menewaskan belida seberat dua kilogram tahun lalu ketika memancing dasar. Seronok juga menaik ikan berkenaan kerana badannya leper dan besar memberikan sedikit tentangan,” katanya.

INFO: ATUR CARA BOTR 2012

Jumaat (hari ini)

6.30 pagi Peserta berkumpul di Perkarangan Sri Pentas TV3
(20 Buah Kenderaan terpilih sahaja - Konvoi Kecil)
- Peserta berkumpul di Perkarangan Pejabat MTD di Gombak
(baki 60 Buah Kenderaan - Konvoi Besar)
8.00 pagi Pelancaran/Pelepasan peserta oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Tengku Putra Tengku Awang.
8.20 pagi Percantuman Konvoi Kecil dan Konvoi Besar menjadi satu kumpulan di Plaza Tol Gombak
10.30 pagi Peserta Konvoi tiba di Check Point Pertama (1) di R&R Temerloh
(Sarapan Pagi & Mengisi Minyak Kenderaan)
11.00 pagi Perjalanan Konvoi diteruskan.
12.30 tgh Konvoi dijangka tiba dan melintasi Plaza Tol Jabor,
Terengganu
2.00 ptg Peserta konvoi tiba di perhentian kedua di Stesen
Minyak Petronas Bandar Al-Muktafibillah Shah/Bukit Besi
(Makan tengahari di R&R Bandar Al-Muktafibillah Shah & Solat)
2.45 ptg Perjalanan konvoi disambung
4.00 ptg Peserta tiba di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir
(Peserta Konvoi membuat pengesahan penyertaan pertandingan & menurunkan Bot dan Susunan Kenderaan 4X4
5.30 ptg Peserta melapor diri pada Marshall di Rumah Bot yang telah ditetapkan.
8.30 mlm Makan malam di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir
(Berehat di Rumah Bot masing-masing)

21 April 2012 (Esok)

6.00 pagi Peserta dan Marshall membuat persiapan diri & sarapan Pagi
7.00 pagi Taklimat Pertandingan & Bacaan Doa
diikuti Majlis Pelepasan Peserta mengikut kategori.
Pertandingan bermula
12.00 tgh Peserta makan tengahari di Rumah Bot
7.00 mlm Pertandingan hari pertama tamat
7.15 mlm Peserta casting balik ke rumah bot masing-masing
(Makan malam)
Rehat

22 April 2012 (Ahad)

6.00 pagi Sarapan pagi
7.00 pagi Pertandingan bagi kedua-dua kategori bersambung semula
10.00 pagi Pertandingan tamat
10.30 pagi Semua Peserta bergerak ke Pengkalan Gawi.
1.30 ptg Peserta tiba di Jeti Pengkalan Gawi
(Para peserta menaikkan Bot masing-masing di Kenderaan 4X4)
2.00 ptg Ketibaan Menteri Besar Terengganu, YAB Datuk Seri Ahmad Said di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.
2.10 ptg Menteri Besar beramah mesra dengan para peserta
2.30 ptg Persembahan kebudayaan dan Cabutan Bertuah
2.30 ptg Ucapan aluan Menteri Besar diikuti Majlis Penyampaian Hadiah & Sesi bergambar Pemenang
4.30 ptg Sidang Media & Jamuan Minum Petang
5.00 ptg Bersurai.

Patuhi arahan Ketua Marshal. http://myredarowana.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

my blood red arowana for sale

translate

BMI Calculator

The BMI is calculated with the formula body weight divided by height to square. To make it easy for visitor of your homepage to calculate the Body Mass Index (BMI), use the BMI Gadget by BMI-Club . Allow me to call your attention to Broca-Formula.
Thank you for using the Body Mass Index calculator of BMI-Club.
Powered By Blogger