Tuesday, April 3, 2012

Kaki pancing serbu Pantai Bagan Pinang


Kaki pancing serbu Pantai Bagan Pinang
Oleh Zulhilmi Hat
hilmi@bharian.com.my
2012/03/31

PETUGAS   membuat  persiapan sebelum bermulanya Pertandingan  Memancing Sempena Hari Polis Ke-205, di Port Dickson, semalam.
PETUGAS membuat persiapan sebelum bermulanya Pertandingan Memancing Sempena Hari Polis Ke-205, di Port Dickson, semalam.
Pertandingan Sempena Hari Polis tawar hadiah RM47,500

PORT DICKSON: Pantai Bagan Pinang, iaitu lokasi Pertandingan Memancing Sempena Hari Polis Ke-205 diserbu peserta yang tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan memancing yang julung kali diadakan dekat sini hari ini. Kaunter pendaftaran yang sepatutnya dibuka jam 3 petang terpaksa dibuka sejam awal apabila ratusan peserta dilihat mula beratur panjang berhampiran khemah pendaftaran.
Entah bagaimana silapnya, joran yang sepatutnya dibawa semalam terkandas di Lapangan Antarabangsa Kuching. - Abang Mohamad Hashim, Peserta
Peserta Abu Bakar Bachik, 50, berkata walaupun rumah beliau tidak jauh dari Port Dickson, kehadiran awal beliau untuk mendaftar awal ini bertujuan mengelakkan kesesakan ketika saat akhir.

“Saya cukup risau jika baju khas Unit Joran kehabisan stok dan setiap tahun sejak 2006 hingga tahun ini, saya tidak terlepas peluang menyertai pertandingan anjuran Unit Joran.

“Semua ini kerana minat yang mendalam terhadap sukan memancing dan tambah pula ia dikendalikan Unit Joran Berita Harian,” katanya.

Abang Mohamad Hashim Abang Borhan, 62, dari Sarawak pula lain kisahnya apabila peralatan memancing beliau yang sepatutnya dibawa ke Port Dickson untuk menyertai pertandingan memancing hari ini tertinggal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
“Entah bagaimana silapnya, joran yang sepatutnya dibawa semalam terkandas di Lapangan Antarabangsa Kuching. Namun, selepas membuat aduan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mereka berjanji akan menghantar joran saya ke hotel tempat menginap dekat sini,” katanya ketika ditemui.

Pertandingan memancing Sempena Hari Polis yang berlangsung hari ini menawarkan hadiah wang tunai RM47,500 kepada pemenang. Juara akan membawa pulang wang tunai RM15,000; kedua RM10,000 dan ketiga RM8,000. Dengan diiringi hamper daripada penaja.

Hadiah wang tunai turut diberikan hingga tempat ke-100 dan yuran pendaftaran RM80 satu joran.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Sembilan turut menganjurkan pelbagai acara menarik. Antaranya membabitkan sukaneka, pertandingan memasak, senamrobik dan pameran PDRM di lokasi sama yang diadakan pada jam 8 pagi hingga 10 pagi.

http://myredarowana.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

my blood red arowana for sale

translate

BMI Calculator

The BMI is calculated with the formula body weight divided by height to square. To make it easy for visitor of your homepage to calculate the Body Mass Index (BMI), use the BMI Gadget by BMI-Club . Allow me to call your attention to Broca-Formula.
Thank you for using the Body Mass Index calculator of BMI-Club.
Powered By Blogger