Tuesday, May 22, 2012

Ikan bakar tarikan GP Joran di Lumut

Ikan bakar tarikan GP Joran di Lumut
Oleh Osman Lisut
manjoran@yahoo.com
2012/05/18

HAMIDAH mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk penganjuran GP Joran, baru-baru ini.
HAMIDAH mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk penganjuran GP Joran, baru-baru ini.
KARNIVAL Memancing GP Joran Pusingan Ketiga di Lumut, Perak pada 23 dan 24 Jun ini, bakal dicatatkan dalam Malaysia Book of Record (MBOR) dengan pelbagai program menarik sempena mempromosikan Tahun Melawat Perak 2012 (TMP 2012).

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Datuk Hamidah Osman, berkata karnival dua hari menampilkan aktiviti membakar ikan paling banyak dalam tempoh 24 jam untuk dijamu kepada pemancing, pengunjung serta penduduk tempatan.
“Program ikan bakar ini membabitkan pelbagai agensi termasuk pasukan beruniform dan pihak keselamatan yang akan bergilir-gilir membakar hasil laut serta ikan air tawar. Untuk itu sebanyak lima hingga tujuh tan ikan akan dibawa ke tapak karnival yang akan ditentukan tidak lama lagi.
Program ikan bakar ini membabitkan pelbagai agensi termasuk pasukan beruniform dan pihak keselamatan yang akan bergilir-gilir membakar hasil laut serta ikan air tawar. Untuk itu sebanyak lima hingga tujuh tan ikan akan dibawa ke tapak karnival yang akan ditentukan tidak lama lagi. - Datuk Hamidah Osman, Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri.
“Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Perak dan Jabatan Perikanan diberi mandat untuk mencari serta membawa ikan ke tapak karnival.

“Malah, dalam program itu kerajaan negeri turut menyediakan air asam asli untuk dimakan bersama-sama ikan bakar berkenaan. Saya yakin, air asam Perak mungkin berbeza dengan dihasilkan di negeri lain,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Karnival Memancing GP Joran 2012 di Ipoh, baru-baru ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Ahmad Fathil Abdul Ghani; Pengurus Projek Khas Berita Harian, Mohd Mizal Hasbullah; Eksekutif Kanan Projek Khas Berita Harian, Mohd Hazrul Rabu dan Ketua Biro Berita Harian Perak, Jalal Ali Abdul Rahim, selain wakil daripada beberapa agensi dan jabatan kerajaan serta Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

Hamidah berkata, pihaknya melihat penganjuran Karnival Memancing GP Joran sebagai platform terbaik bagi kerajaan negeri untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Perak dan kelainan program yang diatur mampu menjadi pemangkin.
“Tidak dinafikan GP Joran pernah menjadi produk untuk orang melancong ke sesebuah negeri. Saya difahamkan kali terakhir GP Joran di Perak ialah ialah di Lumut. pada 11 tahun lalu dan ketika itu kita menerima kebanjiran pengunjung yang turut dirasai manfaatnya penduduk setempat.

“Saya juga diberitahu ramai pemancing tegar dan pengikut setia GP Joran berasal di Perak, kehadiran karnival ini sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada mereka untuk bersama-sama mempromosi TMP 2012.

“Pertandingan ini turut memberi kesempatan kepada orang ramai mengunjungi tempat menarik di sekitar Lumut, Pulau Pangkor dan Manjung yang kaya dengan hasil laut. Begitu juga melawat kesan sejarah di Bruas iaitu kerajaan terawal di negara ini,” katanya.

Karnival GP Joran Perak menawarkan hadiah lumayan berjumlah keseluruhan RM82,000 yang mempertandingkan dua kategori iaitu laut dalam dan pantai. Pulau Jarak dan kawasan sekitarnya dipilih sebagai lokasi peserta laut dalam, manakala Pantai Teluk Senangin untuk kategori pantai.

Dapatkan borang penyertaan dalam sisipan Joran mulai Jumaat depan.

http://myredarowana.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

my blood red arowana for sale

translate

BMI Calculator

The BMI is calculated with the formula body weight divided by height to square. To make it easy for visitor of your homepage to calculate the Body Mass Index (BMI), use the BMI Gadget by BMI-Club . Allow me to call your attention to Broca-Formula.
Thank you for using the Body Mass Index calculator of BMI-Club.
Powered By Blogger