Friday, February 24, 2012

Kerapu Koh Similan

Kerapu Koh Similan
2012/02/10

  
Foto
Foto
  •  
  •   
  •  
  • MOHD Asri puas melayan kertang Koh Similan, baru-baru ini.
  • KAKAP merah Koh Similan lahap membahan umpan sotong.
  • Foto  
  • RAKAN penulis bangga menawan kertang Koh Similan, ketika berkunjung ke Phuket, bar-baru ini.
Letih digasak kertang bagak

TEMPOH cuti sekolah yang lama hujung tahun lalu mendorong penulis bersama beberapa rakan lama sekali lagi memilih trip ke Koh Similan yang terletak berhampiran pulau peranginan terkenal, Phuket, di Thailand.
Lokasi itu menjadi idaman kami kerana kerapu gergasi yang dikenali sebagai kertang ini setia menanti para pemancing tegar seluruh rantau ini.
Rata-rata pemancing yang pernah berkunjung ke Phuket mengakui teruja dengan aksi ganas kerapu kertang (Epinephelus lanceolatus) lebih-lebih lagi saiznya yang bagak dan sasa melebihi 60 kilogram itu.

Tidak hairanlah, pemancing yang pernah menaikkan kertang gergasi ini merungut keletihan akibat diasak hingga tiada peluang berehat.

Namun, melihat kelibat kertang terdampar di permukaan air pasti membuatkan pemancing tersenyum puas.

Kami juga terpaksa mengharungi perjalanan selama empat jam untuk sampai ke Phuket. Biasanya kami akan bermalam di hotel dahulu bagi menghilangkan keletihan namun kemeriahan Patong Beach tiba-tiba sahaja menghilangkan rasa letih dan lesu.
Semalaman meronda di bazar-bazar jualan di tepi pantai sehingga tidak sedar hari telah larut malam.

Pemancing sebenarnya memerlukan rehat yang cukup untuk bertarung dengan spesies ganas Koh Similan.

Koh dalam bahasa Siam yang bermaksud pulau memang memilik pemandangan indah manakala karang di bawahnya dihuni ikan besar yang pastinya mengejutkan setiap pemancing.

Keesokan paginya kami menuju ke jeti di muara sungai sebelum dibawa tekong selama lima jam menuju ke tukun berhampiran Koh Similan.

Perairan ini dilihat sesuai untuk semua teknik memancing sama ada jigging, popping atau pancingan dasar memandangkan mencecah kedalaman 200 meter dan memang banyak dihuni pelbagai spesies seperti ruby snapper, jenahak, kakap merah dan juga kerapu kertang.

Setiap pemancing yang berpeluang sampai ke lubuk ini sudah tentu berangan-angan berentap dengan kertang bagak.

Untuk menewaskan kertang mega ini, pemancing perlu menggunakan joran aksi berat dan kekili elektrik.

Perkakas itu diperlukan bagi mengelak ia patah dan keletihan mengarau tali lebih-lebih lagi jika terkena ikan bersaiz besar.

Bagaimanapun, untuk menaikkan spesies lain seperti jenahak dan merah, kekili dan joran sederhana sudah memadai kerana ikan-ikan ini cepat letih serta mudah ditewaskan.

Kami yang tiba di lubuk kertang hitam ini tidak menang tangan melayan ikan yang galak memakan umpan sotong segar sehingga umpan berkilogram habis.

Dalam keadaan kekalutan itu, mujurlah ada ikan tongkol yang dipancing di unjam berhampiran untuk dijadikan pengganti sotong yang makin habis.

Riuh rendah dibuatnya dengan suara pemancing dan desingan kekili elektrik menaikkan satu persatu kertang bagak berselang seli dengan ruby snapper.

Penulis juga sempat menaikkan seekor kertang yang tidak kurang hebat aksinya. Nyata kehebatan kertang Phuket tidak boleh dinafikan. Bagi kami yang teruja pasti akan datang lagi lain kali ke Koh Similan ini.

INFO KERTANG:



  • Membesar pada purata 0.035 hingga 0.58 sm sehari






  • Kertang matang boleh seberat 400 kg.






  • Harga di pasaran Hong Kong AS$169/kg (RM642/kg)






  • Banyak ditemui di perairan tropika lingkungan 29°N - 39°S dan 24°E - 122°W.





  • http://myredarowana.blogspot.com/

    0 comments:

    Post a Comment

    my blood red arowana for sale

    translate

    BMI Calculator

    The BMI is calculated with the formula body weight divided by height to square. To make it easy for visitor of your homepage to calculate the Body Mass Index (BMI), use the BMI Gadget by BMI-Club . Allow me to call your attention to Broca-Formula.
    Thank you for using the Body Mass Index calculator of BMI-Club.
    Powered By Blogger