Friday, February 24, 2012

Jenggo dara Sabak Bernam besar, lazat

Jenggo dara Sabak Bernam besar, lazat
2012/02/17

Foto
  
KEENAKAN isi udang galah (Macrobrachium rosenbergii) yang boleh di masak apa saja jenis masakan menyebabkan penulis tidak teragak-agak mengunjungi Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor selepas diajak rakan iaitu Nasir dari Perodua, Rawang yang menceritakan beliau dengan mudah menaikkan hampir 300 ekor dalam seharian memancing.

Berbekalkan tujuh batang joran jenis Ultra ringan (UL) yang sememangnya khas untuk memancing udang ini, kami berdua bergerak ke Sungai Besar dari Rawang yang memakan masa sejam perjalanan.
Bot gentian kaca yang ditempah kami disediakan oleh Wak Karto yang juga nelayan air tawar dekat Sungai Besar yang menyewa bot beliau kepada pemancing udang galah sekitar Lembah Klang.
Bot berkekuatan 15 kuasa kuda dipacu Nasir menuju ke lubuk pertama kami yang dipenuhi deretan pokok jawi yang mempunyai akar terjurai hingga gigi tebing sungai. Keadaan air sungai pagi itu pula seakan-akan air ‘teh o’ berwarna jernih yang selepas diberitakan Wak Karto hujan tidak turun selama seminggu.

Nasir dengan yakin menambah hasil besar mungkin bakal menjadi milik kami berdua apatah lagi berpeluang menaikkan undang bersaiz besar atau ‘jenggo’ menurut panggilan pemancing tempatan.

Berbekalkan umpan cacing merah (cacing kampung), lokasi bawah pokok jawi menjadi destinasi kami di mana udang banyak bermain di kawasan ini mencari makanan di celah akar pokok jawi itu.

Nasir yang mahir mengendali bot meletakkannya di sudut bawah pokok dan kemudian menambat pada ranting kayu yang mencecah air agar bot berada pada keadaan tetap.
Tidak berlengah lagi, beliau yang selaku pemancing yang kerap turun memancing di sungai ini saban minggu bergegas menurunkan empat jorannya secara satu persatu dengan berumpankan cacing dan kemudian disusuli penulis.

Rahsia kami memancing dekat Sungai Besar ini menggunakan umpan cacing merah yang kebanyakan boleh ditemui di kebun pisang atau kandang lembu. Cacing merah ini lebih laku berbanding ‘cacing gila’ dan perumpun yang lazimnya digunakan di sungai mempunyai air payau atau masin.

Kaedah memancing di sungai ini perlu menggunakan perambut 6 paun (lb) sepanjang sejengkal yang kemudian dipadankan mata kail khas udang bersaiz nombor tujuh dengan ladung hidup bersaiz nombor empat atau lima.

Lebih kurang tiga minit, joran pertama Nasir digetu mangsa dari bawah air. Perlahan-lahan beliau mengarau joran ke atas agar mata kail tidak tertanggal pada mulut udang dan seekor udang ‘dara’ bersaiz ibu jari dewasa dinaikkan.

Penulis pula tidak menunggu masa lama selepas itu apabila hujung joran melentur perlahan dikarau menghadiahkan udang bersaiz sama.

Tidak sampai 15 minit dan lima ekor udang dinaikkan dan tiada getuan selepas itu kami kemudian bergerak ke lubuk seterusnya terletak kira-kira 500 meter dari lubuk pertama.

Kali ini ini Nasir bergerak menyusuri bawah pokok jawi berhampiran tebing kerana katanya waktu air bergerak laju kumpulan udang akan menghimpit ke tebing atau bawah pokok supaya tidak dibawa arus ke hilir sungai.

Telahan beliau tepat apabila penulis yang menurunkan joran selepas itu berjaya menaikkan udang bersaiz ‘jenggo’ dan diikuti Nasir selepas lima minit joran dilabuhkan.

Di lubuk kedua ini, kami berdua tidak menang tangan melayan tujuh joran di birai bot yang sentiasa melentur apabila digetu udang sedang memakan umpan cacing. Hampir lapan udang galah berjaya dinaikkan dalam lubuk kedua ini tidak termasuk yang terlucut ketika kekili dikarau.

Aktiviti memancing udang hingga ke jam 5 petang kami berdua pada hari tu menghadiahkan kira-kira 2 kilogram (kg) udang galah dan beberapa ekor anak baung yang berkongsi habitat sama.

Menurut Nasir, sekiranya kedatangan kami kena pada waktu dan harinya, berkemungkinan 200 hingga 300 ekor udang galah mudah dipancing dalam Sungai Besar, Sabak Bernam ini.

INFO:


  • Lokasi memancing terletak di Sungai Besar Sabak Bernam, Selangor.




  • Bot gentian kaca disewa oleh pengusaha bot pada kadar RM80 sehari termasuk minyak petrol (3 pemancing)




  • Umpan terbaik cacing merah (cacing kebun)




  • Umpan cacing mesti dipotong sekitar 1 sentimeter (cm) dan disemat tidak melebihi hujung mata kail




  • Kaedah perambut tunggal mata kail udang saiz tujuh, ladung nombor empat dan perambut 6 paun panjang 10cm




  • Udang galak memakan umpan ketika air mati.




  • Lokasi udang di bawah pokok yang mempunyai reba atau kayu mati.




  • Pastikan anda membawa lebih dari dua joran aksi ringan untuk kepuasan maksimum.



  • http://myredarowana.blogspot.com/

    0 comments:

    Post a Comment

    my blood red arowana for sale

    translate

    BMI Calculator

    The BMI is calculated with the formula body weight divided by height to square. To make it easy for visitor of your homepage to calculate the Body Mass Index (BMI), use the BMI Gadget by BMI-Club . Allow me to call your attention to Broca-Formula.
    Thank you for using the Body Mass Index calculator of BMI-Club.
    Powered By Blogger