Friday, February 24, 2012

Rambai Koh Lipe pelahap sotong hidup

Berita Harian Online | Rambai Koh Lipe pelahap sotong hidup

Rambai Koh Lipe pelahap sotong hidup

2012/02/10

Foto  
Foto
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • Soffan dengan ikan rambai hampir 2 kilogram.
  • Sotong hidup yang berjaya dicandat disimpan dalam kotak khas dalam bot
  • Foto Kerapu bara dipancing dengan sotong hidup bersaiz dua jengkal.
BAGAI mengantuk disorongkan bantal, penulis baru-baru ini dijemput menghadiri trip memancing Thailand untuk merasai pengalaman baru memancing spesies ikan gred 'A' yang dikatakan masih banyak dekat perairan Siam itu.

Kali ini, lokasinya di Koh Lipe dan Adang yang sememangnya dikenali sebagai syurga kaki pancing sebagai lokasi menarik kerana kehebatan perairannya menjanjikan habuan tidak mendukacitakan sekiranya kena pada waktu dan rezeki-Nya.
Berlanjutan dari itu, penulis dan enam rakan pemancing dari Kedah melangsungkan aktiviti memancing selama empat hari dan tiga malam di negara Gajah Putih itu.
Sasaran kami untuk memancing sebanyak mungkin ikan jenahak, gereoh (GT) dan kerapu yang dikatakan bermaharajalela di kepulauan terbabit untuk dibawa pulang dijadikan lauk santapan keluarga.

Catatan perjalanan kami bermula dari Pokok Sena, Kedah dengan sebuah van dan kereta yang menuju ke Wang Kelian, Perlis sebelum memasuki sempadan Thailand.

Selepas urusan pas sempadan dicop imigresen kedua-dua negara, perjalanan kami bersambung pula ke Satun dan La-ngu dan tiba di jeti Pak Barra untuk menaiki bot milik tekong Abang Mat akan berkhidmat selama empat tiga malam sepanjang kumpulan kami memancing di Koh Lipe dan Koh Adang nanti.

Selepas kerja pemunggahan di jeti selesai, bot bergerak kira-kira jam 4 petang waktu Malaysia menuju ke Taman Negara Laut Koh Tarutao yang memakan masa hampir tiga jam. Dekat pulau ini kami perlu mencari umpan sotong ketika waktu malamnya sebelum bersambung perjalanan menuju ke Koh Lipe dan Koh Adang bagi mencari lubuk ikan jenahak dan kerapu.
Sepanjang perjalanan menuju ke sana, tiada aktiviti dilakukan kecuali tidur serta menjamu masakan dimasak oleh pembantu Abang Mat iaitu Yusof.

Setiba di Koh, Abang Mat menyuruh kami melabuhkan umpan di dasar gunung laut yang katanya sistem pengesan ikan beliau menunjukkan kumpulan ikan banyak berlegar di bawah.

Kami bertujuh yang sememangnya bersedia dengan joran masing-masing bergegas melabuhkan umpan seperti diarahkan. Air laut yang kelihatan tenang dan sedikit jernih ketika itu menyebabkan batu bersaiz 5 tidak berganjak dari dasar walaupun mempunyai perambut tunggal dengan mata kail saiz 2/0.

Namun begitu, entah dari mana silapnya kira-kira 10 minit kami menunggu tiada sebarang getuan kasar diterima kecuali beberapa ekor ikan karang bersaiz bawa sekilogram dinaikkan.

Soffan yang turut buntu dengan keadaan ini mencuba sotong hidup bersaiz dua jengkal jari tidak menunggu masa lama apabila joran Ajiking yang dipadankan kekili Omoto disambar mangsa dari bawah. Apalagi, beliau yang baru saja hendak menjamu selera terpaksa bingkas bangun dan menerkam joran sebelum menyentak beberapa kali.

Apalagi, joran berkekuatan PE 3-4 milik beliau serta merta melentur kuat dan hampir terkena birai bot akibat asakan dipercayai haruan tasik seperti diteka Abang Mat.

Hampir 5 minit Soffan mengarau kekilinya sambil mengekang perlawanan mangsa agar tidak terlucut sehingga, akhirnya mangsa sebenar rupa-rupanya ikan rambai terjerat pada mata kail berumpankan sotong itu. Selepas ditimbang tangkapan beliau mencecah 2 kilogram(kg).

Tangkapan pertama tadi itu menaikkan semangat kami untuk mencari ikan rambai seterusnya, spesies seangkatan ebek dan gerepoh ini dikenal pasti bergerak kumpulan yang sama yang memberi peluang cerah kami merasa tarikan serong ikan ini.

Tekong Abang Mat bertempik kepada kami agar menurunkan joran pada lubuk sama untuk menjerat kumpulan itu. Pelbagai kaedah digunakan kami termasuk mengunjun besi jig dan menggunakan apollo isi sotong mati turut menghasilkan beberapa ekor ikan ebek dan kerapu bintik. http://myredarowana.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

my blood red arowana for sale

translate

BMI Calculator

The BMI is calculated with the formula body weight divided by height to square. To make it easy for visitor of your homepage to calculate the Body Mass Index (BMI), use the BMI Gadget by BMI-Club . Allow me to call your attention to Broca-Formula.
Thank you for using the Body Mass Index calculator of BMI-Club.
Powered By Blogger