Friday, February 24, 2012

Destinasi Joran: Aneka ikan laut di Kolam GP

Destinasi Joran: Aneka ikan laut di Kolam GP
2012/02/24

AKSI pemancing yang mendapat seekor siakap ketika memancing di kolam GP.
AKSI pemancing yang mendapat seekor siakap ketika memancing di kolam GP.
KETIKA ini tidak banyak kolam komersial ikan air masin masih beroperasi di sekitar Lembah Klang. Antara yang terkenal suatu masa dulu ialah Kolam Memancing Ikan Laut Green Paradise (GP) di Batu 11 1/2, Jalan Ipoh Rawang berhampiran dengan Hutan Lipur Kanching, Rawang dan ia masih beroperasi sehingga kini.

GP adalah kolam air masin pertama di darat yang memulakan operasi di Lembah Klang sejak 1997. Kolam yang beroperasi 24 jam itu dilengkapi kemudahan seperti surau, tandas, kantin bagi menjual makanan serta minuman untuk kaki pancing, wifi, Astro dan kawalan keselamatan.
Landskapnya indah dan sesuai dijadikan tempat rekreasi sekeluarga. Rahsia kolam GP masih bertahan ialah tindakan mengekalkan kebersihan persekitaran serta menjaga kualiti air.
Pemiliknya, Charles Foo, berkata air kolam sentiasa dijaga dan ditukar sekurang-kurangnya setahun sekali bagi menjamin kebersihan supaya mutu ikan dapat dikekalkan.

“Baru-baru ini, kolam GP ditutup empat minggu untuk kerja penyelenggaraan dan menukar air selain melakukan baik pulih kemudahan asas. Buat masa ini, kami hanya melepaskan siakap putih sebagai habuan pemancing, memandang bekalan siakap merah sukar diperoleh.

“Kami melepaskan 250 ekor siakap setiap hari dengan saiz di antara satu hingga tiga kilogram seekor. Ikan yang berat antara 4 hingga 8 kilogram dilepaskan untuk rebutan acara jackpot,” katanya.

Charles berkata, rata-rata pemancing yang datang ke kolam GP melahirkan rasa puas hati mereka kerana ikan di sini tidak berbau dan memberikan aksi tarikan yang dikehendaki.
“Air dikenal pasti sebagai antara punca rasa ikan menjadi tawar dan berbau lumpur. Ini berlaku di kebanyakan kolam yang beroperasi di kawasan perumahan atau dalam bandar. Sumber air di Kolam GP diambil daripada sungai yang mengalir dari kawasan bukit berhampiran. Air yang disalirkan ke dalam kolam bagi memastikan air berkenaan sesuai untuk ikan air masin,” katanya. Kolam berkenaan yang boleh menempatkan maksimum 150 pemancing dalam satu-satu masa, mendapat tumpuan di kalangan pemancing berikutan penutupan kolam hampir sebulan bagi kerja pembersihan dan penukaran air kolam.

Justeru, apabila pihak pengurusan mengumumkan pembukaan semula kolam dengan memasukkan lebih 1,000 spesies siakap merah dan siakap, ia nyata menambat hati pemancing untuk mengunjunginya.

Beliau berkata, pengurusan GP mengalu-alukan mana-mana syarikat yang mahu menganjurkan pertandingan memancing di situ dan pihaknya bersedia melepaskan ikan bersaiz besar bagi menaikkan semangat pemancing.

GP mengenakan bayaran deposit RM60 untuk satu joran dengan RM20 sejam dan minimum memancing dua jam. Manakala pada tengah malam dikenakan bayaran RM100 untuk enam jam. http://myredarowana.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

my blood red arowana for sale

translate

BMI Calculator

The BMI is calculated with the formula body weight divided by height to square. To make it easy for visitor of your homepage to calculate the Body Mass Index (BMI), use the BMI Gadget by BMI-Club . Allow me to call your attention to Broca-Formula.
Thank you for using the Body Mass Index calculator of BMI-Club.
Powered By Blogger