Assalamualaikum semua...
Kenapa pelihara arowana?
Sebab ia mempunyai nilai komersil dan kenaikan harga adalah sangat
tinggi bagi setiap inci saiz dibesarkan terutamanya bagi baka yang
berkualiti dan bernilai tinggi. Jadi ia bukan sekadar hobi,
bahkan memberi pulangan yang tinggi.
Bagaimana arowana boleh mendapat peningkatan harga yang tinggi?
Permintaan dunia terhadap species arowana terutamanya baka golden
sangatlah tinggi, terutamanya dari negara seperti China. Malaysia
merupakan pengeluar arowana baka golden terbesar dunia, dan sebahagian
besar dari pengeluaran anak-anak arowana baka ini diekspot ke luar
negara. Hanya sebahagian kecil sahaja dari anak-anak yang dikeluarkan
oleh kolam-kolam pembiakan arowana di negara ini yang dijual untuk
pasaran tempatan.
Pembeli-pembeli tempatan adalah terdiri dari penggemar-penggemar
(hobbyist) dan "growers". "Growers" adalah mereka yang mengusahakan
aktiviti membesarkan anak-anak arowana secara serius untuk dijadikan
induk. Setelah matang, induk arowana ini dijual pula kepada
pengusaha-pengusaha kolam pembiakan. Permintaan terhadap induk arowana
yang matang adalah sangat tinggi kerana industri pembiakan arowana kini
sedang berkembang pesat di negara kita. Pengusaha-pengusaha kolam giat
mengembangkan perniagaan mereka kerana terdapat permintaan ekspot yang
tinggi bagi anak-anak arowana yang dikeluarkan.
Banyak kolam-kolam baru dibuka dan orang ramai pula tidak teragak-agak
melaburkan wang mereka di dalam industri ini untuk mendapatkan pulangan.
Pembukaan kolam-kolam baru menyebabkan bertambahnya permintaan
terhadap induk arowana matang dan ini secara langsung menjana
perkembangan industri membesarkan anak-anak arowana oleh para "growers".
Industri arowana kini sudah menjadi suatu kitaran perniagaan yang
lengkap dan inilah yang menyebabkan industri ini berkembang pesat di
negara kita.
Mengenali Bahagian-bahagian Utama Ikan Arowana
Jenis-jenis Baka Arowana Yang Paling Popular Di Malaysia
A. "Golden Series"
Malaysia Golden adalah baka arowana yang dikatakan berasal dari Semenanjung Malaysia dan pada suatu ketika dulu banyak terdapat secara liar di Sungai Kerian dan Tasik Bukit Merah. Bagaimana pun baka asal yang hidup secara liar sudah hampir pupus kerana ditangkap oleh penggemar-penggemar arowana, sebahagiannya dijual kepada penggemar-penggemar luar negara manakala sebahagian lagi masih terdapat di kolam-kolam peliharaan arowana seperti di sekitar Tasik Bukit Merah.
Arowana dari baka golden yang boleh didapati hari ini kebanyakannya bukannya merupakan baka Malaysia Golden (MG) tulen, sebaliknya telah dikacuk. Ia boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, iaitu:
1. Golden Head
Arowana Golden Head sebenarnya bukanlah baka Malaysia Golden atau MG tulen. Malah ia adalah baka yang terhasil dari teknologi kacukan (hibrid) di antara baka MG dan baka arowana merah (red arowana). Begitu pun, arowana golden head ini adalah digolongkan dalam famili Golden series. Terdapat "gold ring" atau jalur berwarna emas yang berbentuk seperti cincin melitupi lingkaran luar sisik, yang merupakan kriteria utama MG. Pada arowana golden head, gold ring ini meliputi semua barisan sisik termasuk sisik di paras 6. Walau bagaimanapun, warna emas "gold ring" ini kurang pekat berbanding dengan MG (iaitu less intense). Di samping itu terdapat tompokan emas pada bahagian atas kepala (forehead) juga. Apabila cukup dewasa dan bila dibela di dalam akuarium dengan latarbelakang gelap, warna emasnya kelihatan pekat. Seperti juga MG, salah satu ciri Golden Head adalah kehadiran "chu" yang halus dan tersusun kemas di bawah sirip dorsal fin.
"Chu" atau juga dipanggil "pearlis" adalah merupakan sisik-sisik halus berwarna keemasan yang terdapat pada badan ikan di bahagian bawah sirip atas (dorsal fin). Kehadiran "Chu" adalah merupakan kriteria penting untuk mengkelaskan arowana dan membezakan MG dengan lain-lain baka seperti Golden High Back. Untuk melayakkan sesekor arowana dari baka gold dipanggil MG, ia mestilah mempunyai sekurang-kurangnya sebaris penuh "chu". Sekiranya ia hanya mempunyai beberapa keping 'chu' kasar, arowana ini hanya layak dipanggil Super Highback.
'Chu' atau sisik halus keemasan di bawah 'dorsal fin' pada arowana Malaysia Gold (MG). Kelihatan chu yang halus dan tersusun rapi pada arowana ini |
Chu pada arowana MG 24K |
Anak GH ini mempunyai kira-kira 50% gold helmet dan kualitinya dikira baik. |
Arowana GH ini berkualiti tinggi di mana hampir keseluruhan bahagian kepala dilitupi emas (full helmet) Warna sisik kebiruan menunjukkan ia dari jenis 'bluebase' |
Proses kacukan peringkat 1 antara MG dan Blood Red menghasilkan arowana 'Tong Yan'. Proses kacukan antara 'Tong Yan' dan MG yang berulangkali akhirnya menghasilkan baka Golden Head.
2. Cross Back
Baka kedua termahal dalam species arowana Malaysia adalah MG Crossback. Rupanya kelihatan seperti Golden Head dengan kehadiran chu yang halus dan tersusun rapi, tetapi kepala tidak mempunyai tompokan emas. Selain itu, satu lagi perbezaan antara Golden Head dan Crossback adalah warna emas "gold ring" pada Crossback adalah lebih pekat (very intense).
Arowana GH ini juga merupakan crossback yang berkualiti kerana sisik emas di baris ke-6 iaitu di atas belakang bercantum dan sisik emasnya pula tipis (tajam) |
Pandangan lebih dekat menunjukkan sisik emas yang tipis bercantum di baris ke-6 (atas belakang) |
Arowana di atas pula merupakan seekor MG Crossback yang berkualiti rendah kerana sisik emas yang tebal (tidak tajam) |
MG Crossback 24K |
Warna emas yang sangat terang dan menyerlah pada MG 24K |
Chu yang halus dan tersusun rapi pada MG 24K ini |
Untuk menyerlahkan warna emas 24K, biasanya MG 24K diletakkan dalam akuarium berlatarbelakang putih |
3. Malaysia Golden (MG)
Perbezaan antara MG biasa dan MG Cross Back adalah terlalu kecil, iaitu bagi MG warna emas tidak meliputi keseluruhan "ring" pada sisik baris ke-6 (barisan sisik atas belakang). Bila dilihat dari atas, kelihatan jalur berwarna hitam di sepanjang sisik atas belakang. Chu juga terdapat pada MG, seperti yang terdapat pada Cross Back dan Golden Head, malah chu merupakan kriteria utama bagi MG. Baka MG yang berkualiti tinggi mempunyai chu yang halus dan tersusun rapi, samaada 2 atau 3 baris.
Kriteria utama baka MG dapat diringkaskan seperti berikut:
i. Warna emas yang pekat pada gold ring
ii. Gold ring meliputi sisik di paras 5.5
(iaitu sehingga sebahagian dari sisik pada paras 6) apabila matang
iii. Chu yang halus pada bahagian badan di bawah sirip dorsal
iv. Chu yang halus juga terdapat pada pada bahagian bawah badan, di atas sirip "anal"
4. Golden High Back
Golden High Back adalah merupakan baka kacukan (hibrid) di antara pejantan MG dan induk Red Tail Golden (RTG) dari Indonesia. "Ring" berwarna emas terdapat pada pada sisik sehingga ke barisan ke 4 dan ke 5. Walau bagaimanapun, warna emas pada "ring"nya tidak begitu pekat, sebaliknya kelihatan ke arah warna perak. Baka ini kadang-kadang dipanggil High Back RTG (HBRTG).
Walau bagaimanapun, ada juga baka golden highback yang dihasilkan melalui proses kacukan antara MG dan baka-baka lain seperti banjar red. Proses kacukan ini selalunya melalui beberapa peringkat sebelum terhasilnya baka yang berkriteria seperti highback iaitu mempunyai "gold ring" iaitu jalur emas pada lilitan luar sisik.
5. Golden Super High Back
Dihasilkan dari kacukan MG dan Golden Highback. Kualiti baka ini akan bertambah baik sekiranya proses kacukan dilakukan berulangkali, iaitu anak Super HB dikacuk lagi dengan MG, dan begitulah seterusnya. Sekiranya proses kacukan ini diulang berkali-kali, anak Super HB yang terhasil berupaya mempunyai kriteria dan kualiti seperti mana MG, bahkan tak dapat dibezakan dari MG.
Panduan Kasar harga Pasaran: (kemaskini 28 Jun 2011)
Berikut adalah senarai harga arowana golden bagi pembelian pukal :
(Nota: harga di bawah hanyalah panduan kasar semata-mata, harga pasaran sebenar adalah bergantung kepada kualiti (gred) ikan dan berubah mengikut "bekalan dan permintaan" semasa)
1. Golden High Back
Harga belian anak: Saiz : 5-6 inci (Usia 5-6 bulan) : RM600-RM800
Harga jualan balik: Saiz: 14-15 inci (Usia 14-15 bulan) : RM1,200-RM1,500
Harga jualan balik: Saiz: 20-22 inci (Usia 24-30 bulan) : RM2,000-RM3,000
2. Golden Super High Back
Harga belian anak: Saiz : 5-6 inci (Usia 5-6 bulan) : RM1,200-RM1,500
Harga jualan balik: Saiz: 14-15 inci (Usia 14-15 bulan) : RM2,500-RM3,000
Harga jualan balik: Saiz: 20-22 inci (Usia 24-30 bulan) : RM3,500-RM4,500
3. Malaysia Golden (MG)
Harga belian anak: Saiz : 5-6 inci (Usia 5-6 bulan) : RM1,800-RM2,000
Harga jualan balik: Saiz: 14-15 inci (Usia 14-15 bulan) : RM2,500-RM3,500
Harga jualan balik: Saiz: 20-22 inci (Usia 24-30 bulan) : RM4,500-RM6,000
4. MG Cross Back
Harga belian anak: Saiz : 5-6 inci (Usia 5-6 bulan) : RM2,000-RM3,000
Harga jualan balik: Saiz: 14-15 inci (Usia 14-15 bulan) : RM4,000-RM6,000
Harga jualan balik: Saiz: 20-22 inci (Usia 24-30 bulan) : RM6,000-RM10,000
5. MG Full Gold atau 24K Gold
Harga belian anak: Saiz : 5-6 inci (Usia 5-6 bulan) : RM3,500-RM4,500
Harga jualan balik: Saiz: 14-15 inci (Usia 14-15 bulan) : RM5,500-RM8,000
Harga jualan balik: Saiz: 20-22 inci (Usia 24-30 bulan) : RM10,000 ke RM15,000
6. MG Golden Head
Harga belian anak: Saiz : 5-6 inci (Usia 5-6 bulan) : RM4,000-RM4,500 (sekurang-kurangnya 50% gold helmet)
Harga jualan balik: Saiz: 14-15 inci (Usia 14-15 bulan) : RM8,000-RM10,000 (gold helmet 80% ke atas)
Harga jualan balik: Saiz: 20-22 inci (Usia 24-30 bulan) : RM15,000 ke atas (full gold helmet)
1 comments:
what is the gd price?
Post a Comment
my blood red arowana for sale