CERTIFICATE OF INDENTITY BLOOD RED AROWANA FOR SALE

BEST QUALITY BLOOD RED AROWANA, OFFER RM 5900 PLSS CALL ME FOR MORE DETAIL 0105242525.

BLOOD RED AROWANA FOR SALE

BEST QUALITY BLOOD RED AROWANA, OFFER RM 5900 PLSS CALL ME FOR MORE DETAIL 0105242525.

BLOOD RED AROWANA FOR SALE

BEST QUALITY BLOOD RED AROWANA, OFFER RM 5900 PLSS CALL ME FOR MORE DETAIL 0105242525.

BLOOD RED AROWANA FOR SALE

BEST QUALITY BLOOD RED AROWANA, OFFER RM 5900 PLSS CALL ME FOR MORE DETAIL 0105242525.

BLOOD RED AROWANA FOR SALE

BEST QUALITY BLOOD RED AROWANA, OFFER RM 5900 PLSS CALL ME FOR MORE DETAIL 0105242525.

BLOOD RED AROWANA FOR SALE

BEST QUALITY BLOOD RED AROWANA, OFFER RM 5900 PLSS CALL ME FOR MORE DETAIL 0105242525.

MY BLOOD RED AROWANAe

MY BLOOD RED AROWANA

BLOOD RED AROWANA

Go to Blogger FOR SALE TQ.

MENGENAL JANTINA AROWANA

CARA MENGENAL JANTINA AROWANA SILA LAWATI BLOG INI SELANJUTNYA......

http://myredarowana.blogspot.com/

THANK YOU

Friday, March 23, 2012

Pantai Bagan Pinang muat 2,000 pemancing

PANTAI Bagan Pinang Port Dickson mula dikunjungi pemancing untuk mencuba nasib.
PANTAI Bagan Pinang Port Dickson mula dikunjungi pemancing untuk mencuba nasib.
 
KONTINJEN Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Sembilan yakin
Pantai Bagan Pinang yang terletak di Batu 3 di Port Dickson mampu menampung lebih 1,500 pemancing yang bakal berentap pada pertandingan sempena Hari polis ke-205 pada 31 Mac ini.

Keyakinan itu diluahkan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berdasarkan sambutan hangat pemancing dalam beberapa siri memancing yang diadakan di situ sebelum ini. Tinjauan Joran ke pantai itu minggu lalu mendapati jaraknya kira-kira 1500 meter dan diramal padat andainya mendapat sambutan pemancing seluruh negara.
Kami bekerjasama dengan beberapa agensi lain menyediakan khemah sesuai serta mendapatkan punca bekalan elektrik sepanjang pertandingan berlangsung. - Zulkifli Adam, Pemangku Ketua Polis Port Dickson

“Pihak tuan rumah sudah dalam peringkat akhir membuat persiapan manakala promosinya menerusi media termasuk Negeri Fm semakin hebat dan kami percaya pertandingan memancing termasuk semua acara sampingan yang bakal diadakan pasti berjaya," katanya.

Pertandingan julung kali itu hasil cetusan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang tertarik dengan kemeriahan susana memancing anjuran sebuah agensi kerajaan tempatan ketika menginap di Mes Greysand (Mes Polis) tahun lalu.

Selaras dengan matlamat mendekati komuniti, maka idea berkenaan direalisasikan tahun ini dan dianjurkan sempena sambutan Hari Polis ke-205.
Sementara itu Pemangku Ketua Polis Port Dickson, Deputi Superintendan Zulkifli Adam sudah mengarahkan anggotanya menyiapkan tapak acara berkenaan termasuk menggunakan sebuah kompleks berhampiran pantai Bagan Pinang untuk pertandingan memasak dan mewarna.

“Kami bekerjasama dengan beberapa agensi lain menyediakan khemah sesuai serta mendapatkan punca bekalan elektrik sepanjang pertandingan berlangsung.

“Beberapa anggota kami juga berpeluang bertukar pengalaman apabila setuju dilantik sebagai petugas marshal dan urus setia pendaftaran," katanya.

Pertandingan itu terbuka kepada semua dengan anggota polis yang layak ditawarkan yuran RM60 satu joran berbanding peserta awam RM80 satu joran.
Pemenang bakal membawa pulang RM15,000 diikuti tempat kedua (RM10,000), ketiga (RM8,000) dan keempat hingga 10 (RM500).

Pemenang tempat ke-11 hingga 30 RM200 manakala tempat ke-31 hingga 100 (RM100) serta banyak cabutan bertuah termasuk masing-masing dua motosikal dan basikal serta 50 campuran barangan elektrik dan perkakas rumah lain.

Pertandingan itu turut ditaja syarikat jualan barangan pancing TCE Tackles, Universal Fitness Coleman, Nestle Product dengan barangan Maggi dan Nescafe, Zulkifli Bamadhaj menerusi barangan Petani dan Perfect Food Manufacturing berupa biskut Julie's.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ebek dah kembali

Leka mengail gerombolan ebek di Tenggol
23/03/2012
Foto
PERAIRAN Pantai Timur khususnya lubuk pancing di Terengganu dan Pahang terus dipenuhi kaki pancing seluruh negara sejurus mengetahui gerombolan ebek kembali dengan banyaknya bermula Februari lalu.
Meskipun bahaya Monsun belum reda, Geng Tuna Biru memberanikan diri kembali ke lapangan itu selepas dikhabarkan rakan tekong Pok Din di Dungun bahawa berbagai spesies ikan berlindung di kawasan tepi pulau kawasan terpilih.
Berpegang kepada peraturan Jabatan Taman Laut, kami memasuki zon menangkap ikan yang dibenarkan ialah dua batu nautika dari kawasan pantai.

Lantas pada 1 Februari lalu, khidmat tekong Pak Din digunakan ahli Tuna Biru yang diketuai penulis berangkat ke sana seawal pagi sebelum terbit fajar menaiki bot Pak Din yang cekap dan kami selamat berlabuh pada zon dibenarkan memancing di unjam Tanjung Pulau Tenggol untuk mendapat ikan segar seperti selar, kembung, tamban dan selayang.

Sesudah cukup bekalan, kami terus di bawa Pak Din ke Karang Tanjung yang kedalaman sesuai untuk pancingan dasar.

Di sini kami tidak menunggu lama kerana umpan Amirul dan Bakar (Burn) serentak di sambar mangsa, sekali gus dua kekili mendatar berbunyi nyaring sambil mengeluarkan tali induk 50 paun. Dua sentapan itu nyata menjadi pembakar semangat apabila masing-masing menaikkan kerapu dan ebek petanda jelas musim gerombolan ikan itu sudah kembali.
Semasa matahari mencecah kaki langit, seekor lagi ebek dapat didaratkan Jimmy yang kini berstatus suami manakala penulis masih menunggu joran yang belum diusik.

namun, menjelang malam, cuaca mula berubah dengan angin mula bertiup kencang mencetuskan gelombang agak tinggi meskipun jemuduk mula datang ketika arus berubah pasang.

Satu jam di situ, cuaca bertambah buruk, Pak Din berpindah satu kawasan berlindung, berpatah balik di Teluk Pulau Nyireh tidak jauh dari Pulau Tenggol.

Bermalam di lokasi tersebut, penulis sempat melepaskan seekor ikan selar hidup dengan teknik pancing hanyut untuk memerangkap tenggiri perbualan terhenti terhenti mendadak apabila kekili Penn mula menjerit sambil mengeluarkan tali utama 50 paun dengan laju.

Pengalaman di laut membantu penulis mengawal mangsa daripada melepaskan diri dan akhirnya bangga sambil berkata dalam hati:. “Allhamdulillah, tenggiri rupanya!!

Trip singkat di hujung gelora Tengkujuh itu terpaksa dipendekkan apabila kami diarah balik keesokan hari kerana cuaca bertambah buruk sambil meredah gelombang dua meter dan akhirnya kami selamat sampai di jeti LKIM Dungun.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, March 20, 2012

Apple iPhone 5 Exclusive 2012.flv


Apple iPhone 5 Exclusive 2012,, ne tak tahu betul ke tak tapi macam best jeee......

http://myredarowana.blogspot.com/
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, March 16, 2012

Mengilat tenggiri Yan


Foto 
BUSU dengan tangkapan tenggiri 5 kilogram dengan menggunakan kaedah 
menghanyutkan pelampung serta ikan temenung



Foto














YAN, daerah di Kedah tidak asing di kalangan kaki mengilat (casting) kerana keseronokan mengilat ikan tenggiri tatkala tiba pada musimnya pasti bot-bot pancing habis ditempah pemancing.

Kaedah tradisional seperti mengilat ikan temenung (kembung) di sekitar tuas (unjam) dikatakan paling berkesan untuk memikat spesies ikan itu (scomberomorus commerson) kerana mempunyai isi paling sedap menyamai ikan jenahak ini.
Penulis, Soffan, Zabidi dan Busu baru-baru ini berkesempatan mengunjungi trip memancing di daerah Yan yang terkenal sebagai pekan nelayan kecil yang menyumbangkan sumber ikan terpenting kepada penduduk sekitar daerah itu.
Perjalanan kami bermula di jeti kecil Sungai Udang kira-kira jam 9 pagi dengan bot dikemudi tekong Abang Atan yang membawa terus ke tuas milik beliau yang terletak kira-kira 40 minit dari daratan.

Tuas milik rakan Abang Atan disinggahi kami terlebih dulu untuk mengunjun umpan ‘apollo’ bagi mencari umpan temenung atau selar hidup untuk dijadikan umpan dengan kaedah menghanyut dan mengilat.

Entah macam mana pagi itu, tiada seekor pun terjerat dengan kaedah apollo kami walaupun gerombolan ikan terbabit kelihatan berlegar seperti akuarium di laut.

“Ini tak boleh jadi ini, mana depa pi semua seekor pun tak mau makan,” kata Abang Atan kepada kami yang risaukan kami berkemungkinan tiada umpan untuk memancing tenggiri nanti.
Tidak berlengah, Abang Atan menghidupkan enjin bot dan menuju ke tuas yang pertama dari tiga tuas yang dibangunkan beliau untuk menarik gerombolan tenggiri ‘berkampung’ dekat tuas itu.

Selepas bot diikat pada tiang buluh, aktiviti mengilat kami bermula. Masing-masing mencari kedudukan tempat untuk mengilat berumpankan ikan temenung yang disemat tiga mata kail bersaiz 3/0 dan perambut dawai 20 paun (lbs) kemudian dipadankan kekipas.

Zabidi duduk di belakang bot terlebih dulu menerima asakan pertama dari pemangsa yang mengejar ikan termenung yang dikarau laju melawan arah air berarus ke daratan.

Joran Venom Hybrid 10-25lb milik beliau menerima asakan tenggiri kira-kira 30 meter dari belakang bot. Kekili Penn Fierce 4000 yang diketatkan sistem regangan hampir 70 peratus dengan mudah membawa mangsa hingga ke birai bot.

Selepas ikan digancu dan hasil timbangan manual menunjukkan mangsa mencecah 3kg yang sekali gus memberi petanda bahawa tenggiri galak menyambar umpan kami selepas ini.

Sangkaan kami meleset apabila tenggiri yang diharapkan menyambar umpan temenung enggan membuka mulut selepas itu. Panjang tangan kami dibuatnya hingga lenguh membaling umpan di setiap penjuru unjam untuk memikat mangsa.

Ketika sedang menjamu selera mee segera berkuahkan ikan temenung, Busu yang sebelum itu mencuba teknik pelampung ikan termenung pasar yang disemat perambut dawai dan kemudian belon plastik diikat pada tali utama sepanjang enam depa lelaki dewasa dan dilepaskan kira-kira 50 meter di belakang bot tidak menunggu masa lama apabila disapa mangsa kedua.

Berdesit-desit kekili beliau mengeluarkan tali kerana apa yang dilihat penulis tarikan mangsa kali ini lebih kuat dari tenggiri pertama pada awal menyangkakan ikan aruan tasik.

Hampir 20 minit perlawanan tarik tali berlangsung, akhirnya kelibat tenggiri muncul di permukaan yang kemudian segera kemudian digancu Abang Mat sebelum ditimbang yang memcecah 5kg.

Sehingga jam 6 petang sebelum berangkat pulang, Abang Mat tetap tidak berputus asa dan menyarankan kami cuba menukar taktik memancing dasar untuk mencari ikan karang yang masih banyak di unjam ini.

Walau bagaimanapun rezeki kami setakat dua ekor, kami tetap bersyukur dan berkongsi hasil untuk dibawa pulang ke rumah untuk keluarga yang ingin merasai isi ikan yang enak dimasak asam pedas dan kari ini.

INFO

  • Tuas atau unjam dibina dengan batang buluh dan kemudian diikat pelepah daun kelapa
  • Fungsi tuas adalah menarik ikan kecil berkumpul di kawasan unjam untuk menarik ikan pemangsa.
  • Jeti Sungai Udang dan Kuala Dulang, Yan menjadi lokasi pemancing menaiki bot.
  • Sewa bot RM450 hingga RM500.
  • Waktu sekarang dilaporkan tenggiri sedang galak memakan umpan.
  • Air sedang pasang dikaitkan masa terbaik memancing tenggiri.
  • Spesies geropoh (GT), belitung, talang dan alu-alu, jenahak, kerapu menghuni tuas ini.
  • Hampir 100 tuas dilaporkan dibina nelayan tempatan dan mempunyai pemilik masing-masing
  • Pelbagaikan kaedah memancing untuk memikat ikan tenggiri sama ada tradisional atau moden.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, March 9, 2012

Pari termahal

Pari termahal

2012/03/09

 JUARA Pertandingan Memancing Karnival Pra GP Joran Berita Harian 2012, Ramly Hamid bergambar bersama ikan pari seberat 2.26 kg selepas majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. - Foto Mohd Yusni Ariffin

 

 
MOHD ALI (kanan) bersama Ab Rahaman meninjau tangkapan peserta di khemah pameran ikan. Daun baru majoriti carta tangkapan
 
 
Daun baru majoriti carta tangkapan

"PANCANG besi yang dipacak tiba-tiba rebah, joran pula hampir diseret ke dalam laut manakala saya yang berlari untuk mendapatkannya pula tersembam atas pasir," kata Ramly Hamid, 54, selaku Juara pertandingan memancing Pra-GP Joran Berita Harian yang menceritakan detik cemas beliau ketika pari seberat 2.26 kilogram (kg) yang berjaya didaratkan beliau ketika pertandingan memancing di Pantai Puteri, Melaka Ahad lepas.
Bekas bekas juruteknik di Akademi Laut Malaysia (ALAM) membawa pulang wang tunai RM20,000 dan hadiah dari penaja yang sekali gus mengalahkan kira-kira 1,629 peserta dari seluruh negeri yang mengambil bahagian.
Tempat kedua disandang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Lans Koperal Bokhari Ismail, 31, yang berjaya menjinakkan ikan daun baru seberat 1.23 kilogram dan menerima wang tunai RM10,000 serta hadiah iringan.

Tempat ketiga, Zamri Yaakub, 35, dari Wangsa Maju, Kuala Lumpur menerusi tangkapan ikan daun baru seberat 0.98 kilogram yang turut membawa pulang wang tunai RM5,000 dan hadiah iringan, manakala tempat keempat milik Bakhorin Hamid dari Melaka dengan tangkapan ikan daun baru seberat 0.97 kilogram dan menerima wang RM1,000 serta hadiah iringan.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Turut hadir dalam majlis sama iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Ab Rahaman Ab Karim; Pengarang Eksekutif (Rencana) Berita Harian, Zainor Said; Pengurus Projek Khas Berita Harian, Mohd Mizal Hasbullah; Ketua Biro Berita Harian Melaka, Amirullah Andi Nur.

Ramly ditemui dan menceritakan pengalaman mendebarkan ini berkata, kira-kira 20 minit selepas siren dibunyikan joran sepanjang 3.6 meter miliknya tiba-tiba rebah menyembah bumi seperti disentap sesuatu di dasar laut.
“Joran yang dipacak pancang besi tiba-tiba rebah dan dengan pantas saya berlari untuk mendapatkannya tetapi entah di mana silapnya kaki saya seperti tersadung tunggul kayu menyebabkan saya rebah dan muka saya hampir tersembam atas pasir.

“Namun nasib saya baik apabila anak saudara saya yang tidak jauh dari saya datang membantu mendapatkan joran hampir masuk dalam air tadi dan kemudian memberikan kepada saya untuk bertarung dengan spesies ikan tidak dikenal pasti sebelum itu.

“Hampir lima minit juga saya bertarung dengan mangsa dan atas pertolongan pemancing lain dengan memberi laluan kepada saya akhirnya pari sebesar dulang terdampar di tepi pantai dengan warna kelabu kehijauan yang melegakan hati saya sehingga tamat pertandingan,” katanya dari Kampung Kuala Sungai Baru, dekat sini.

Ditanya kepada bapa kepada dua anak ini mengenai perbelanjaan wang hasil kemenangan ini, Ramly berkata, sebahagian wang ini akan digunakan untuk mendaftar haji sebagai pelengkap rukun Islam Kelima dan sebahagian lagi untuk didermakan kepada masjid Kampung Bertam.

Karnival memancing Pra-GP Joran melabuhkan tirainya di Pantai Puteri dekat sini, Ahad lepas dan pusingan kedua bakal menemui pemancing di Kuala Dungun, Terengganu pada 5 dan 6 Mei depan.

Sementara itu, Mohd Ali dalam ucapan beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pemenang Pra-GP Joran Berita Harian 2012 dan berharap mereka akan menyertainya lagi pada pertandingan sama tahun depan dengan majlis penuh gemilang.

Katanya, kerajaan negeri Melaka sentiasa menyokong usaha Berita Harian menerusi Unit Joran itu bagi menarik lebih ramai pelancong, khususnya kaki pancing ke negeri ini.

http://myredarowana.blogspot.com/
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

translate

BMI Calculator

The BMI is calculated with the formula body weight divided by height to square. To make it easy for visitor of your homepage to calculate the Body Mass Index (BMI), use the BMI Gadget by BMI-Club . Allow me to call your attention to Broca-Formula.
Thank you for using the Body Mass Index calculator of BMI-Club.
Powered By Blogger