mStar Online : Lelaki Taiwan Cuba Seludup Ikan Arowana Ditahan
Jumaat Mei 11, 2012
Lelaki Taiwan Cuba Seludup Ikan Arowana Ditahan
GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga Taiwan ditahan ketika cuba menyeludup 241 anak ikan arowana pelbagai saiz bernilai RM128,500 ke negara China melalui Lapangan Terbang Bayan Lepas di sini, Jumaat.
Pengarah Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang, Mohd Sidek Md Jahaya berkata suspek berumur 35 tahun itu mengisi anak ikan arowana itu dalam beg plastik berisi gas sebelum disembunyikan dalam bagasinya.
Katanya suspek itu ditahan pada pukul 7.30 pagi selepas pemeriksaan dilakukan oleh pegawai dari Bahagian Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).
Bercakap pada sidang media di sini, Mohd Sidek berkata berdasarkan rekod imigresen, lelaki terbabit dipercayai telah beberapa kali menyeludup ikan arowana ke luar negara dari negara ini.
Katanya anak ikan yang berusia antara tiga dan enam bulan itu, dipercayai berharga antara RM500 hingga RM1,500 seekor dan kini dikuarantin di Institut Penyelidikan Perikanan, Batu Maung sebelum ditempatkan di Pusat Ikan Hiasan Enggor Jabatan Perikanan Malaysia di Kuala Kangsar, Perak.
Katanya suspek itu kini ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Balik Pulau dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 10(A) Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686).
Jika sabit kesalahan, suspek boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-kedua sekali bagi setiap ekor ikan arowana yang dirampas, katanya.
Beliau masihatkan orang ramai yang ingin mengeksport ikan arowana supaya mendapatkan permit daripada Jabatan Perikanan Malaysia bagi mendapatkan cip Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna Terancam (CITES). -BERNAMA
http://myredarowana.blogspot.com/

0 comments:
Post a Comment
my blood red arowana for sale