Kertang restu isteri
bhnews@bharian.com.my
2012/05/12
MOHD Sukri Sidek, 30, pemenang pusingan pertama GP Joran 2012 di Dungun, Terengganu. - Foto Aswadi Alias
Buruh am dari Kampung Kuala Dungun itu hanyalah seorang kaki pancing biasa, namun selepas diumumkan sebagai pemenang pusingan pertama GP Joran 2012 di Dungun, Terengganu, Ahad lalu, semuanya berubah. Selain memenangi hadiah wang tunai RM20,000 berserta hadiah iringan, beliau kini menjadi sebutan pemancing sebagai antara seorang pencabar yang mampu meraih hadiah utama Grand Slam GP Joran 2012, sebuah Perodua Viva Elite.
Mengimbau kejayaan menaikkan seekor kertang gergasi sekali gus menobatkannya sebagai juara mutlak GP Joran Terengganu, beliau berkata, 15 minit terpaksa diperlukan memandangkan ikan berkenaan begitu besar dan berat, bagaikan menarik seekor anak lembu liar.
“Saya diasak dengan serba kejutan kerana ikan kertang berkenaan terlalu licik untuk ditewaskan. Tenaga saya dikerah hingga ke titisan peluh terakhir sebelum berjaya dinaikkan ke dalam bot dengan bantuan tekong Pok Leh. Selepas itu, saya terpaksa berehat kerana keletihan dan hanya melihat rakan-rakan meneruskan cabaran, kira-kira jam 5 pagi.
“Apabila ditimbang di meja penghakiman di jeti, berat ikan kertang berkenaan 18.24 kilogram dan rakan-rakan memberi tahniah kerana ia tangkapan paling berat dan memperoleh mata yang tinggi. Saya agak teruja dengan kerapu gergasi itu dan tidak sedar duduk di jeti hingga meja hakim ditutup pada jam 11 pagi,” katanya yang menewaskan kertang menggunakan umpan sotong segar.
Kemenangan itu menyemarakkan semangatnya untuk menyertai pertandingan itu ke lokasi seterusnya di Lumut bagi menambah kutipan mata sekali gus hingga menjadi antara pesaing untuk juara keseluruhan.
Sementara itu, tempat kedua diraih pemancing Melaka, Abdul Rahim Muhamad, 31, yang menaikkan kerapu seberat 11.58 kilogram dan meraih wang tunai RM10,000 manakala tempat ketiga, Mohd Shahir Jaafar, 34, dari Batu Pahat membawa pulang wang tunai RM4,000 selepas menjinakkan tenggiri 11.48 kilogram.
“Kerapu ini saya naikkan kira-kira jam 7 malam selepas Maghrib. Berumpankan ikan kembung hidup yang ditangkap menggunakan apollo, tidak diduga direntap rakus kerapu berkenaan hingga nyaris membuatkan saya berputih mata kerana joran sudah sampai ke gigi air. Nasib baik ia diikat dan selepas bertarung 20 minit ia berjaya ditewaskan,” katanya.
Abdul Rahim yang bertugas sebagai Pengurus Bahagian Tesco Malaysia berkata, beliau akan terus mengambil bahagian di GP Joran Perak di Lumut Jun nanti kerana bahang cabarannya amat sengit lebih-lebih lagi bertarung dengan pemancing tegar yang juga pengikut setia Joran.
“Aura GP Joran amat berbeza berbanding pertandingan memancing anjuran pihak lain. Di sinilah kita bertemu dan bertukar fikiran mengenai aktiviti memancing dengan pemancing ‘otai’ berkenaan. Saya juga berjinak-jinak dengan GP Joran pun atas ajakan pemancing tegar ini,” katanya.http://myredarowana.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment
my blood red arowana for sale