Wednesday, February 29, 2012

11 penaja meriah pertandingan pra-GP Joran

11 penaja meriah pertandingan pra-GP Joran


2012/02/29

AHMAD (empat dari kanan) bersama Mior Kamarul (enam dari kiri)     bergambar bersama penaja pada penyerahan 
tajaan di  Majlis Serahan Tajaan dan Makan Tengahari di Balai Berita, semalam.
AHMAD (empat dari kanan) bersama Mior Kamarul (enam dari kiri) bergambar bersama penaja pada penyerahan tajaan di Majlis Serahan Tajaan dan Makan Tengahari di Balai Berita, semalam.
KUALA LUMPUR: Bahang kemeriahan pertandingan memancing pra-GP Joran 2012 di Pantai Puteri pada Sabtu dan Ahad ini semakin dirasai pemancing apabila 11 penaja hadir dalam Majlis Serahan Tajaan dan Makan Tengahari di Balai Berita di sini, semalam.

Penaja terbabit adalah Universal Fitness & Leisure (UFL-Coleman), Boat Explorer Sdn Bhd, Zulkifli Bamadhaj (Petani), TCE Tackles Sdn Bhd, Adabi Consumer Industries Sdn Bhd, Perfect Food (Julies), Nestle Product (M) Sdn Bhd (Maggi/Nestle), Sar Tecnologies Sdn Bhd dan Perusahaan Otomobil Nasional Kedua Sdn Bhd (PERODUA) selaku penaja utama.
UFL Coleman, Boat Explorer dan Petani diwakili Pengarah Urusan masing-masing iaitu Datuk Radha Krishnan, Mike Thien dan Zulkifli Khalid; TCE Tackles diwakili Pengurus Jualan Bahagian Selatan, Sam Tan Yam Sim; Adabi diwakili Pengurus Pemasarannya, Adrian Roslan; Julies diwakili Penolong Pengurus, Tan Chen Leng.
Maggi /Nestle diwakili Unit Perkhidmatan Pemasaran, Hamidah Othman, Sar Technologies diwakili Pengurus Pembangunan Perniagaan, Nurazman Abdul Muthalib dan PERODUA diwakili Pengurus Promosi Dan Periklanan, Rafida Daud bagi mewakili Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Saleh.

Semua tajaan diserahkan kepada Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid sambil disaksikan Pengarah Eksekutif, Operasi Berita dan Editorial, Media Prima Berhad Datuk Ahmad A.Talib dan Pengurus Projek Khas Berita Harian, Muhamad Mizal Hasbullah.

Turut menaja pra GP Joran kali ini adalah Gardenia (KL) Sdn Bhd dan G Motosport Sdn Bhd.

Hadir sama, Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Mahfar Ali, wakil Pejabat Kementerian Pelancongan Pahang, Mohd Izazi Ismail mewakili Pengarahnya Idros Yahya dan penerbit program Jelajah Joran, Nasir Yusof.
Pada majlis itu, penaja turut diberi cenderahati iaitu buku mengandungi album imbas kembali sepanjang aktiviti pertandingan memancing anjuran Berita Harian yang berlangsung pada 2011.

Pertandingan memancing pra GP Joran 2012 berlangsung Ahad ini menawarkan wang tunai keseluruhan RM46,500 kepada pemenang. Juara bakal membawa pulang wang tunai RM20,000, tempat kedua RM10,000 dan ketiga RM5,000 serta hadiah berupa peralatan memancing dan hamper dari penaja.

Yuran penyertaan RM100 untuk satu joran dan borang penyertaan boleh didapati dalam sisipan Joran setiap Jumaat. Pertanyaan lanjut boleh menghubungi Unit Joran 03-22822323 sambungan 4240/4241/4242.
http://myredarowana.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

my blood red arowana for sale

translate

BMI Calculator

The BMI is calculated with the formula body weight divided by height to square. To make it easy for visitor of your homepage to calculate the Body Mass Index (BMI), use the BMI Gadget by BMI-Club . Allow me to call your attention to Broca-Formula.
Thank you for using the Body Mass Index calculator of BMI-Club.
Powered By Blogger