Friday, February 24, 2012

Raja Muara (24-02-12)

  • Foto
  •  
  •  
  •  
  •  


Foto


AKSI kebangaan setiap pemancing menewaskan raja muara.


















KUNJUNGAN ke Lubuk Manis kali kedua memahat memori manis walaupun meletihkan. Bagi Nassaruddin Abd Kadir, 30, atau dikenali di kalangan rakan pancing sebagai Along, Sungai Sedili menjanjikan pertarungan sengit andai seseorang itu tahu di mana lubuk terbaik mengendap Sang Raja Muara - siakap putih.

Beliau dan rakan seperjuangan, Daud Ahmad, 48, bertolak dari Johor Bahru awal pagi. Mereka memulakan ekspedisi mengendap siakap seawal jam 7 pagi ketika kebanyakan spesies ikan lapar. Ketika itu, air sudah pasang dan detik terbaik melontar umpan.
Udang hidup setengah jengkal berjumlah 150 ekor yang dibeli dari kolam komersil di Perling dengan harga RM80 adalah pertaruhan terbaik mereka untuk menjinakkan siakap di Sungai Sedili sekali gus cuba mengatasi rekod tangkapan ketika kunjungan pertama yang membabitkan dua bot dengan empat pemancing.
Selain Daud, turut serta ialah Adenan Mohamad dan Mazlan atau digelar Beton yang memperoleh 6 ekor siakap.

Pada trip pertama, lebih 20 ekor siakap tewas purata sekilogram hingga 6 kg tetapi saiznya tidak setanding laba yang diperolehi pada trip kedua bersama Daud. Along memperoleh sentapan paling ganas kira-kira jam 10 pagi di Lubuk Manis.

Pertarungan Along dengan mangsa yang diyakini lebih besar kali ini memakan masa lebih 20 minit. Permainan perlu dilakukan berhati-hati kerana tali sulam Power Pro (braided) hanya berkekuatan 20 paun manakala mangsa menunjukkan kekuatan yang boleh memutuskan tali.

Mesin Daiwa dengan joran Xzoga PE1 dipaksa bekerja keras tetapi penuh hati-hati.
Akhirnya sang mangsa muncul permukaan air dan diseret ke tepi bot. Ragum ikan (lips grip) digunakan dan akhirnya terdampar ikan siakap putih perak dan kuning keemasan di bahagian perut seberat 10 kilogram.

"Siakap liar memang kuat. Tetapi dia akhirnya tewas. Memang mantop!" katanya ketika ditemui di Kolam Pancing Senibung dekat Permas Jaya, Johor Bahru, Rabu lalu.

Trip kedua tamat jam 4 petang apabila air surut maksimum apatah lagi gangguan anak kakap bakau dan ikan kitang semakin melampau-lampau mencuri umpan dan tidak mengena mata kail.

Selepas itu, Along dan Daud mengulangi trip di lokasi sama melalui trip. Mereka membawa pulang 10 ekor mangsa purata 2 kg hingga 3 kg. Trip keempat menyaksikan 'kegagalan' mereka mempertahankan mana-mana rekod pada tiga trip terdahulu. Cuma tiga ekor siakap seberat purata 3kg yang menjadi rezeki mereka hari itu.
http://myredarowana.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

my blood red arowana for sale

translate

BMI Calculator

The BMI is calculated with the formula body weight divided by height to square. To make it easy for visitor of your homepage to calculate the Body Mass Index (BMI), use the BMI Gadget by BMI-Club . Allow me to call your attention to Broca-Formula.
Thank you for using the Body Mass Index calculator of BMI-Club.
Powered By Blogger